Wednesday 4 January 2017

Blogger UMNO juga hentam Azalina masuk kasino di Las Vegas? Imej kerajaan buruk kerana kerajaan, kata Kadir

Khamis, 5 Januari 2017

Blogger UMNO juga hentam Azalina masuk kasino

Dua blogger kontroversi UMNO juga menghentam Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman susulan viral gambarnya memasuki sebuah kasino di Las Vegas pada malam tahun baharu baru-baru ini.
Zaharin Mohd Yassin atau dikenali sebagai Sang Kalembai dan Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo secara terbuka menyindir Azalina yang menyifatkannya sebagai liabiliti kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Saya telah memberi peringatan, sebelum itu nasihat, para Menteri dan keluarga berhati-hati membuat entri dalam media sosial khasnya Facebook dan Instragram masa bercuti di luar negeri. Pagi ini saya dihantar photo ini.
“Soal pergi Las Vegas saya tak kisah, yang saya kisah masuk dalam kasino, Undang-undang perjudian Malaysia, seorang Islam boleh didakwa jika berjudi dan dilarang masuk kasino.
“Kasino perjudian dimana pun sama. Adakah kasino di Malaysia haram bagi orang Islam tetapi diluar negeri halal dan boleh keluar masuk. Tetapi Najib Razak hendak Menteri macam ini. Terserah kepada rakyat buat pertimbangan nak sokong atau tidak lagi,” tulis Zaharin dalam akaun Facebooknya dengan meletak gambar Azalina di kasino.
Sementara itu, Wan Azri juga menyindir Azalina dengan menulis status di akaun Twitternya, “@YBAOS63 awak tu menteri penjawat awam. Perlu jaga intergriti. Lainlah Saya takde jawatan. Ni tempias kena pada YAB PM @NajibRazak”.
Wan Azri juga menyindir Azalina dengan kenyataan terbaharunya yang menyeru penjawat awam supaya menjaga integriti.
“@YBAOS63 sindir diri sendiri ke? Liabiliti kepada YAB PM @NajibRazak”.
Terdahulu, pendedahan tersebut dibuat dalam media sosial yang viral dengan bukti gambar di laman Instagram memaparkan Azalina dalam sebuah kelab judi di Las Vegas.
Las Vegas terkenal dengan pusat perjudian terbesar di dunia.
Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang juga penyokong setia kepada Najib yang sentiasa membelanya dalam isu 1MDB dan salah guna kuasa.
Foto Suara Rakyat.
Apa tujuan menteri MELAYU beragama Islam masuk pusat judi ??!!
Pusat judi itu tempat apa ??!!
FAKTA:
Duit 1MDB diguna bayar hutang judi di Las Vegas sebanyak USD11 juta (kira2 RM49 juta).
Foto Nurul Ashikin.
Nurul Ashikin
2hb Januari
Dalam negara anti judi, luar negara .. hehehe takpe ada lesen kot. Lagipun sekadar bergambar apa salahnya ye tak? Kah Kah Kah

Imej kerajaan buruk kerana kerajaan, kata Kadir

Wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin, berkata kerajaan sendiri perlu bertanggungjawab atas persepsi serta tanggapan buruk yang dibuat rakyat terhadap mereka.
Memetik beberapa insiden, Kadir berkata, tanggapan negatif itu tetap ada tanpa perluu bekas kakitangan kerajaan atau sesiapa saja membuat kenyataan.
"Kerajaan sendiri lebih daripada mencukupi meletakkan mereka pada tanggapan negatif," katanya melalui catatan terbaru di blognya hari ini.
Bekas Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times Press itu mengulas beberapa perkembangan terbaru membabitkan menteri dan pegawai kanan kerajaan.
Antaranya berkaitan sebaran gambar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, yang didakwa dirakam dalam kasino di Las Vegas.
Turut dipetik dalam tulisan Kadir kali ini ialah rasa tidak puas hati bekas pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Bahri Mohamad Zain, serta penahanan seorang ketua setiausaha sebuah kementerian semalam.
Kadir yang kini menjadi pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) turut menegur tindakan Azalina memberi amaran untuk mengambil tindakan tegas terhadap penjawat awam atau bekas kakitangan kerajaan yang mengeluarkan fitnah serta menyebabkan persepsi buruk pada kerajaan.
Sembang kedai kopi
Azalina yang juga ahli parlimen Penggerang berkata langkah tersebut perlu diambil bagi mengelakkan salah faham atau salah tafsir daripada sumber yang tidak disahkan.
Bagaimanapun, Azalina tidak menamakan atau merujuk kepada sesiapa.
Menurut Kadir, keadaan agak sukar untuk kerajaan ketika ini kerana kebanyakan apa yang disebut bekas penjawat awam adalah benar.
"Saya tidak begitu faham apa dimaksudkan menteri itu dengan tindakan tegas kerana kebanyakan kakitangan awam sudah dipecat, ditamatkan perkhidmatan dan dipindahkan bukan kerana memfitnah kerajaan tetapi bercakap benar dan melakukan tindakan yang betul," katanya.
Terbaru, kata Kadir, ialah tindakan bersara awal diambil Bahri kerana kecewa dan rasa berdosanya apabila gagal membawa syarikat SRC International Sdn Bhd ke mahkamah.
"Ia tentu mengganggu suara hati orang pegawai SPRM seperti Bahri serta mereka yang bersara kerana situasi sama apabila hanya ikan bilis dan gelama didakwa di mahkamah, manakala jerung paling besar terlepas," katanya.
Mengenai Azalina, Kadir membangkitkan persoalan sama ada amaran dibuatnya itu disebabkan gambar berkenaan tersebar di media sosial pada awal tahun ini.
"Adakah menerbitkan gambar ini dan membincangkannya di media sosial serta kedai kopi boleh dianggap perbuatan memfitnah?
"Tetapi mengapa sasarkan kemarahan kepada kakitangan kerajaan kecuali gambar itu dirakam dan diterbitkan di media sosial oleh seorang kakitangan kerajaan tanpa pengetahuannya?
"Sudah tentu jika gambar itu asli, ia tidak baik untuk Azalina," katanya.
Seorang Muslim, kata Kadir, yang menyertai sebuah parti yang melaungkan slogan "untuk agama, bangsa dan negara" tidak sepatutnya dilihat di tempat haram.
"Keadaan lebih tidak wajar, katanya, apabila parti itu sedang "bercinta" dengan Parti Islam Semalaysia dan peneroka Felda di kawasan Azalina menderita akibat kekangan pendapatan," katanya.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena