Thursday, 5 January 2017

[Video] Janji Najib tidak terpakai, ringgit terus menjunam! MP BN baru tersedar GST bebankan rakyat?

Khamis, 5 Januari 2017

Foto Otai BERSIH.
Kikiki...orang bijak dlm negara Malaysia ni.
Ahli Parlimen BN baru tersedar GST bebankan rakyat.

Janji PM tidak terpakai, ringgit terus menjunam

Keyakinan Perdana Menteri bahawa nilai ringgit akan kembali kukuh nampaknya tidak kesampaian apabila matawang negara itu jatuh ke paras terendah sejak krisis kewangan Asia 1998 apabila mencecah RM4.50 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Penafian Datuk Seri Najib Razak tentang keadaan ekonomi negara yang kritikal dan nilai ringgit akan meningkat dianggap Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua sebagai skrip yang diulang-ulang sejak 2015.
Ini kerana, jelas beliau, nilai ringgit terus menjunam walaupun beberapa mata wang serantau semakin kukuh berbanding dolar AS.
"Perdana Menteri memberitahu kita pada Januari 2015 bahawa ringgit akan melonjak naik memandangkan 'pasaran kewangan Malaysia semakin teguh' tetapi kini, kita boleh lihat parasnya semakin rendah. 2016 merupakan tahun keempat ringgit melemah berbanding dolar AS," jelasnya dalam satu kenyataan.
Tony yang juga Setiausaha Publisiti DAP menambah, pada 2015 pentadbiran Najib memberi alasan posisi negara sebagai pengeksport minyak menjadi penyebab kejatuhan ringgit ekoran penurunan harga minyak mentah dunia dari AS$102.10 pada Januari 2014 kepada AS$36.57 pada Disember 2015.
"Kerajaan menjangkakan ringgit akan pulih apabila harga minyak dunia meningkat pada tahun lepas namun malangnya nilai ringgit telah menurun secara konsisten," katanya.
Beliau tidak dapat membuat ramalan spesifik berhubung prestasi ringgit dalam tempoh setahun ini, namun menjangkakan risiko akan mengatasi prospek berikutan nilai yang jatuh sebelum ini tidak berkaitan dengan harga minyak.
"Bagi kita rakyat Malaysia, mungkin sudah tiba masanya untuk menerima kejatuhan ringgit ini sebagai kebiasaan. Kita telah kehilangan kekayaan lebih daripada 40 peratus dalam nilai dolar AS," ujarnya.
Kesan kejatuhan ringgit ini, jelas beliau dapat dilihat melalui kenaikan harga barangan dan perkhidmatan, termasuk harga petrol memandangkan minyak didagang di peringkat antarabangsa dalam mata wang dolar.
"Satu-satunya cara untuk Malaysia berubah adalah dengan memilih rejim baru. Rejim baru ini harus membersihkan negara dari reputasi kleptokratiknya dan menghancurkan segala sisa korupsi yang ada dalam kerajaan.
"Ia memerlukan satu pasukan ekonomi baru dan pintar yang tidak akan terbeban dengan keputusan-keputusan dari pihak yang terdesak mahu mengekalkan kuasa," tegasnya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena