Saturday, 7 January 2017

[Video] Lawatan hanya wayang-wayang? TUNJUKLAH LORI TRELA kontena BANTUAN yang BERATUR PANJANG!

Ahad, 8 Januari 2017

Foto Otai BERSIH.
Otai BERSIH
27 min
Nak kekal lama dalam pemerintahan Umno/BN WAJIB BODOH.. Dulu, Kini dan Selamanya..
Jika yg bijak & amanah dikekalkan nescaya akan membawa bala bencana kepada UMNO kelak.
Foto Suara Rakyat.

Berita gembira !! TERKINI.. Rizab Antarabangsa Bank Negara M'sia SEMAKIN SUSUT dah tinggal USD94.6 bilion sahaja... berbanding paling tinggi yg pernah dicatatkan adalah sbyk USD141.4 bilion..
JANGAN RISAU.. korang bayar GST, korang juga kena tanggung minyak naik..
NAMPAK TAK !!!.. Bila la negara nak jahanam... Selagi negara tak jahanam rakyat tak akan sedar2..

Berapa banyak manfaat yang boleh digunakan untuk rakyat daripada dibazirkan untuk percutian Najib dan Rosmah?
Foto Miyori No Mori.

RM86 Juta Sewa Jet Bawa Rosmah - Pembaziran Yang Tiada Taranya
 
Rosmah belanja RM86 juta untuk sewa jet mewah pribadi, dakwa Rafizi
Datin Seri Rosmah Mansor didakwa membelanjakan RM86 juta wang rakyat untuk menyewa jet mewah pribadi ACJ316 A6-CJE untuk kegunaannya selama dua bulan, dakwa ahli parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Kerajaan Malaysia pula menyewa jet peribadi tersebut untuk tempoh dua bulan atas alasan satu lagi jet peribadi sedang disenggara, kata Rafizi dalam satu kenyataannya hari ini. 
Ruangan keemasan bilik mandi dalam jet mewah.
Menurut Rafizi, angka RM86 juta itu diperolehi berdasarkan semakan beliau dengan syarikat-syarikat yang menawarkan khidmat menyewa jet peribadi mewah ACJ319 menunjukkan bahawa kadar sewaan adalah mengikut jam; iaitu USD15,000 setiap jam.

Rafizi membuat andaian ini selepas Pegawai Khas Datin Seri Rosmah Mansor, Datuk Rizal Mansor mengesahkan dakwaan beliau sebelum ini.

"Saya hanya ingin mempersoalkan kewajaran membelanjakan RM86.4 juta dana rakyat dalam keadaan rakyat benar-benar tersepit akibat GST, penghapusan subsidi, kenaikan harga, potongan mendadak biasiswa dan pembiayaan pendidikan melalui MARA, PTPTN dan lain-lain," katanya.

Beliau menyenaraikan beberapa contoh mudah bagaimana RM86.4 juta ini boleh dibelanjakan untuk rakyat:
 
1. Ia boleh menanggung biasiswa penuh untuk pelajar paling cemerlang di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan (awam atau swasta) sebanyak RM45,000 untuk kursus ijazah bagi 1,920 pelajar cemerlang. 
2. Ia boleh diberikan sebagai pinjaman MARA sebanyak RM20,000 kepada seramai 4,320 anak-anak Bumiputra untuk membiayai pendidikan mereka. 
3. Ia boleh digunakan untuk menghantar 86 daripada 300 pelajar cemerlang SPM 2013 yang sepatutnya belajar di universiti ternama seluruh dunia tetapi biasiswa itu dibatalkan atas alasan kerajaan tidak cukup wang. 
4. Jika diberi kepada pelajar miskin yang cemerlang di sekolah dalam bentuk Biasiswa Kecil Menengah sebanyak RM500 seorang, jumlah ini akan memanfaatkan 172,800 keluarga

Oleh itu, katanya, tidak ada alasan yang boleh diberikan oleh mana-mana pemimpin Umno/Barisan Nasional untuk mewajarkan pembaziran tahap mega yang dianggarkan memakan RM86.4 juta wang rakyat ini.

Rafizi Ramli minta rakyat buat undi protes terhadap PM.
ULASAN GB

RM86 juta - ia adalah wang rakyat. Begitulah parahnya wang rakyat dibazirkan oleh isteri Perdana Menteri ini. 
Dicatat oleh 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena