Thursday 5 January 2017

[Video] Pemimpin PAS membisu menteri bawa usul RUU355 jalan-jalan ke Las Vegas? Gesa SPRM Siasat Orang Kanan Tabung Haji

Khamis, 5 Januari 2017


Tersebar di blog, baca ruangan komen di blog Rocky’s bru, Azeez hanya memiliki SPM? Bagaimana yang hanya memiliki SPM boleh menjadi Pengerusi Tabung Haji? Kalau salah, Azeez boleh sebutkan sendiri kelayakan akademik yang beliau miliki.Abdul Azeez Abdul Rahim

Pemimpin PAS membisu menteri bawa usul RUU355 jalan-jalan ke Las Vegas?

Wartawan TMM,Jan 4, 2017 · 16:49 PM

Sangat lucu apabila kita melihat telatah pemimpin PAS yang mesra dengan parti pemerintah UMNO apabila mereka berdiam seribu bahasa menutup mulut daripada bercakap mengenai tindak-tanduk yang kurang enak dilakukan oleh pemimpin atasan UMNO.
Rakyat di pantai timur ketika berdepan bencana banjir tercari-cari batang hidung pemimpin utama negara, tapi berita yang kita dapat dengar-dengar mereka sedang bercuti di Australia, sementara seorang lagi sedang berjalan-jalan di Las Vegas.
Tak apalah, mungkin itu kesederhanaan yang cuba ditonjolkan PAS, rakan kongsi baharu UMNO, tak tegur pemimpin pun tidak apa. Atau PAS sekarang sudah menjadi “rakan sebantal” dengan UMNO-BN senyap tanpa kata-kata?
Lebih menghairankan lagi, PAS mempercayai kepada menteri berjalan-jalan di Las Vegas yang dalam sidang Dewan Rakyat lalu membawa usul RUU355 mereka, sangat ironi dengan tindakan PAS ini.
Kalau menteri itu ke Mekah lain juga ceritanya, ini tempat yang sememangnya semua orang tahu apa itu Las Vegas. Las Vegas bukan Istanbul atau Bandung yang terkenal pusat beli-belahnya, makcik Felda pun tahu apa itu Las Vegas.
Jangan ingat makcik Felda tak tahu, mereka ini tonton Astro HBO, filem Ocean 11, Ocean 12 itu semuanya berlatar belakang Las Vegas.
Sehingga hari ini, pemimpin PAS masih diam, mungkin mereka sibuk dengan banjir di Kelantan dan Terengganu, atau mungkin sedang membalak tak berhenti lagi.
Mungkin PAS sedang bertawaduk dengan menteri UMNO yang jalan-jalan ke Las Vegas, takut kalau dihentam nanti RUU355 Islam yang dibawa tak kesampaian, maka melompong lah hasrat PAS untuk mencanang ke seluruh umat Islam bahawa semua itu atas usaha mereka dalam menegakkan syiar Islam di muka bumi Malaysia.
Tapi jika isu kerusi, bukan main cepat pemimpin PAS ini mengkudakan PAN dan DAP, dikatanya pengkhianat dan pelbagai macam label lagi, tapi dalam isu ini, mereka nampaknya lebih berhati-hati.
Sukar untuk kita baca strategi politik ulama ini, mereka ini bukan orang biasa, mereka ini insan terpilih tidak boleh kita tegur, nanti dikata laknat ALLAH menimpa.

The Malaysian Mirror

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena