Terima kasih mufti, dari 'Ipoh' turun ke Perlis
Saya rasa ingin menjemput remaja yang memanjat 'IPOH' ke pejabat saya jika mereka sudi. Mereka telah pun mohon maaf atas tindakan mereka. Apapun, saya lihat pada mereka ada keberanian dan kemampuan tertentu. Mungkin saya boleh bincang dengan mereka aktiviti yang lebih bermanfaat untuk dibuat di Perlis. Semoga insan-insan berkebolehan dan ada keberanian seperti mereka dapat menyalurkan kelebihan itu kepada sesuatu yang boleh kita manfaatkan bersama.
Isu gambar 'berani' sekumpulan remaja yang memanjat mercu tanda 'Ipoh' yang menular di Internet baru-baru ini turut mendapat perhatian Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Asri hari ini mengundang kumpulan lima remaja lelaki dan tiga perempuan itu hadir ke pejabatnya di Kangar bagi berbincang cara memanfaatkan kebolehan dan keberanian masing-masing.
Asri hari ini mengundang kumpulan lima remaja lelaki dan tiga perempuan itu hadir ke pejabatnya di Kangar bagi berbincang cara memanfaatkan kebolehan dan keberanian masing-masing.
“Mereka telah pun mohon maaf atas tindakan mereka. Apa pun, saya lihat pada mereka ada keberanian dan kemampuan tertentu.
“Mungkin saya boleh bincang dengan mereka aktiviti yang lebih bermanfaat untuk dibuat di Perlis,” katanya.
“Mungkin saya boleh bincang dengan mereka aktiviti yang lebih bermanfaat untuk dibuat di Perlis,” katanya.
Semalam, kumpulan remaja-remaja berumur antara 20 hingga 24 tahun itu secara terbuka memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan mengaku perbuatan mereka itu salah.
Polis telah merakamkan kenyataan mereka selepas menerima kecaman masyarakat gara-gara aksi berbahayanitu.
Norfarihan Baharudin, 23, berkata beliau dan rakan-rakannya menggemari aktiviti lasak seperti mendaki gunung tetapi tidak menjangka akan dikecam masyarakat.
Sementara itu, Norfarihan dalam reaksi segeranya kepada Malaysiakini berkata amat berbesar hati menerima pelawaan Asri.
Bagaimanapun, kunjungan tidak dapat dibuat pada masa ini kerana kes itu masih belum selesai.
“Insya-Allah kami akan turun (Perlis). Alhamdulillah, tak sangka mendapat jemputan macam ini besar,” katanya.
Malaysiakin
0 comments:
Post a Comment