Cekau segala mak nenek cukai dari semua rakyat, tapi nak agih hanya penyokong2 & pemimpin2 Umno/BN.
Sebab itulah pemimpin yg bijak wajib dinyahkan disingkir KERANA HANYA YANG BODOH SAJA layak di dlm Umno/BN...
Sebab itulah pemimpin yg bijak wajib dinyahkan disingkir KERANA HANYA YANG BODOH SAJA layak di dlm Umno/BN...
UMNO bodohkan orang Melayu yang bodoh – kata pegawai kerajaan
Jom Kita Baca
Terangkan 'Melayu terabai' kepada polis, kata DAP
Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh mahu Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menjelaskan kenyataannya mengenai 'Melayu terabai di Pulau Pinang' kepada pihak polis.
Pemimpin DAP itu berkata demikian selepas menemani Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng yang membuat laporan di ibu pejabat polis Dang Wangi terhadap Tengku Adnan yang didakwanya 'menjejaskan kerajaan negeri Pulau Pinang'.
"Saya tidak nampak beliau (Tengku Adnan) membuat pusingan U (atas kenyataannya). 48 jam adalah masa yang lama untuk beliau tarik balik (kenyataan).
"Pokoknya ialah: Terpulang kepada beliau menjelaskan kepada polis. Kami telah membuat laporan polis," kata Ramkarpal sambil menyifatkan kenyataan pemimpin Umno itu sebagai melulu.
Oleh itu, menurutnya, polis perlu untuk melihat kenyataan itu termasuk dari sudut potensi menghasut dan mencetuskan rusuhan antara kaum.
"Anda melemahkan kerajaan negeri. Anda mengatakan kerajaan negeri adalah kerajaan yang bersifat perkauman," katanya.
Sebelum ini, Tengku Adnan atau lebih popular dengan gelaran Ku Nan dipetik sebagai berkata, cadangan untuk menjadikan Pulau Pinang sebahagian wilayah persekutuan adalah bermatlamat untuk memastikan negeri itu mendapat limpahan pembangunan yang sama rata.
Ku Nan berkata, idea yang dilontarkan beliau itu bukanlah berniat mahu meluaskan kuasa ke negeri itu, sebaliknya disebabkan keprihatinan beliau terhadap nasib Melayu di sana.
"Apa yang berlaku di Pulau Pinang kita tahu, dia (kerajaan negeri) tidak pedulikan orang Melayu," katanya kepada pemberita.
Malaysiakini.
0 comments:
Post a Comment