Friday, 3 February 2017

Jet Jho Low tersadai berkarat kena 'SITA' di Singapore...'Gara2 1MDB jadi besi buruk aje'! DOJ mohon lupus pegangan Jho Low dalam hotel NY (untuk merampas aset Jho Low).

Jumaat, 3 Februari 2017
Foto Otai BERSIH.
Jet Jho Low tersadai berkarat di sita di Singapore...
Pada tahun 2010,Jho Low menggunakan dana dikesan kepada $ 700 juta yg di transfer dari 1MDB kepada Akaun Good Star untuk memperoleh JET BOMBARDIER, sebuah Bombardier Global 5000 nombor siri 9265 dan nombor pendaftaran N689WM, dengan dua enjin Rolls Royce yang mengandungi nombor siri pengilang 12.487 dan 12.488, bernilai kira-kira $ 35, 371.335. Gara2 1MDB jadi besi buruk aje.

DOJ mohon lupus pegangan Jho Low dalam hotel NY

Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat membuat permohonan di Mahkamah Persekutuan negara itu untuk meluluskan rancangan melupuskan pegangan ahli perniagaan kontroversi Jho Low dalam Hotel Park Lane di Manhattan, New York.
Ini sebahagian usaha DOJ untuk merampas aset Jho Low, yang secara langsung dinamakan dalam saman sivil pelucuthakan berkaitan aset 1MDB yang difailkan tahun lalu, lapor The Wall Street Journal (WSJ).
Permohonan berkenaan difailkan bersama dengan pemaju hartanah Steven Witkoff, di sebuah mahkamah persekutuan di Los Angeles yang bertujuan untuk menstabilkan Hotel Park Lane yang berdepan masalah kewangan dan memulakan proses untuk menjual kepentingan Low dalam hartanah itu.
Low membeli 55 peratus pegangan dalam hotel berkenaan, yang dipercayai DOJ adalah antara aset yang dibeli dengan wang yang diselewengkan daripada 1MDB.
WSJ berkata hotel itu adalah antara pelaburan besar Low di Amerika Syarikat dan aset terbesar yang diburu oleh DOJ dalam kes terhadap beliau.
Jurucakap Low tidak bertindak balas terhadap permohonan untuk mendapatkan ulasan berhubung perkembangan itu, kata WSJ.
Low sebelum ini menafikan salah laku dalam perkara berkenaan dan setakat ini beliau belum didakwa dengan sebarang pertuduhan jenayah berkaitan dengan isu 1MDB.
Jika permohonan oleh DOJ dan Witkoff diluluskan, pelan itu akan membolehkan Witkoff dan sekumpulan pelabur untuk menyuntik dana kepada hotel berkenaan dan meneruskan pelan pembangunannya, kata akhbar itu lagi.
Menurut dokumen mahkamah, proses menjual kepentingan Low adalah "kompleks dan berharga" serta mengambil masa beberapa bulan.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena