Saya ingin menjemput semua warga Segamat, Johor untuk menghadiri ceramah jelajah#FeldaTergadai pada 7hb Februari 2017 nanti.
Saya akan terus menggunakan platform ceramah jelajah ini untuk mendekati warga Felda dan khalayak ramai secara umum untuk mendedahkan kepada mereka kepincangan kewangan yang makin berleluasa dalam pengurusan Felda.
Daftaran boleh dilakukan secara percuma di link:
Bit.ly/jelajahfelda
Program:
Ceramah Jelajah #FeldaTergadai
Tarikh:
7hb Februari 2017
Masa:
9:00 Malam
Tempat:
No 92 Blok 4, Felda Palong Timur 2, 85100 Batu Anam, Segamat, Johor.
Penceramah:
1) YB. Rafizi Ramli
2) Dato' Sri Edmund Santhara
3) Hajah Natrah
Untuk sebarang pertanyaan dan persoalan sila hubungi pasukan gerak kerja Invoke Malaysia di nombor +6019-2765200
— dengan Ir Art.Saya akan terus menggunakan platform ceramah jelajah ini untuk mendekati warga Felda dan khalayak ramai secara umum untuk mendedahkan kepada mereka kepincangan kewangan yang makin berleluasa dalam pengurusan Felda.
Daftaran boleh dilakukan secara percuma di link:
Bit.ly/jelajahfelda
Program:
Ceramah Jelajah #FeldaTergadai
Tarikh:
7hb Februari 2017
Masa:
9:00 Malam
Tempat:
No 92 Blok 4, Felda Palong Timur 2, 85100 Batu Anam, Segamat, Johor.
Penceramah:
1) YB. Rafizi Ramli
2) Dato' Sri Edmund Santhara
3) Hajah Natrah
Untuk sebarang pertanyaan dan persoalan sila hubungi pasukan gerak kerja Invoke Malaysia di nombor +6019-2765200
AMANAH: Wakil PAS tak berfungsi di Pulau Pinang?
Dakwaan PAS bahawa Pulau Pinang campur tangan dalam keputusan fatwa negeri mendedahkan kelemahan wakil mutlak parti Islam itu Datuk Mohd Salleh Man selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).
Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Mujahid Yusof Rawa berkata, ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir itu menjawat kedudukan penting dalam pentadbiran negeri berkaitan hal-ehwal Islam.
"Apakah PAS membayangkan bahawa mereka gagal menggunakan Salleh Man sebagai wakil mereka bagi memenuhi apa jua agenda Islam yang mahu dilakukan di Pulau Pinang," kata Mujahid yang juga ahli Parlimen Parit Buntar.
Beliau mengulas kenyataan kontroversi oleh Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Fauzi Yusof yang mendakwa kerajaan negeri pimpinan DAP dan PKR telah 'campur tangan' dalam keputusan jawatankuasa fatwa.
Fauzi dipetik sebagai berkata, ini kerana keputusan oleh jawatankuasa itu telah dibentangkan dalam mesyuarat exco kerajaan negeri sebelum mendapat kelulusan Yang di-Pertuan Agong.
Ketika dihubungi, Salleh enggan mengulas mengenai kontroversi itu sambil berkata, beliau tidak mahu terlibat dalam perang mulut antara pihak yang berkenaan.
Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Kassim pula menyifatkan dakwaan tersebut sebagai 'fitnah'.
Dalam perkembangan yang sama, Mufti Pulau Pinang, Datuk Wan Salim Wan Mohd Noor menafikan gangguan, menggesa PAS tidak mempolitikkan keputusan mengenai fatwa.
Mengulas lanjut, Mujahid berkata, adalah jelas eksekutif tidak boleh mengganggu keputusan jawatankuasa fatwa kerana badan itu melapor terus kepada Yang di-Pertuan Agong.
"Keputusan mengenai fatwa itu sendiri muncul selepas perbincangan dari pakar dan bertanggungjawab terus kepada Agong," katanya kepada Malaysiakini.
"Bagaimana parti Islam seperti PAS tidak tahu tentang sistem fatwa? Bagaimana mereka (PAS) tidak membuat bising apabila menjadi sebahagian daripada pentadbiran," tanya beliau.
0 comments:
Post a Comment