Menurut beliau, maklumat yang disebarkan mengenai Anwar yang juga Ketua Umum PKR dan merupakan calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Port Dickson itu adalah berita palsu.
"Saya sudah periksa dengan pihak Mediacorp di Singapura yang kononnya menyiarkan berita tersebut. Mereka mengesahkan tidak pernah menyiarkan berita berkenaan.
"Maklumat yang disebarkan di media sosial tersebut adalah berita palsu dan saya berharap orang ramai berhenti daripada terus menyebarkannya," katanya ketika dihubungi Kosmo! Online di sini hari ini.
Maklumat yang tersebar di media sosial itu mendakwa seorang penuntut warga Indonesia membuat laporan polis di Singapura lewat malam tadi kerana diliwat oleh suami kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Mangsa didakwa kini ditempatkan di salah sebuah hospital di Singapura dibawah kawalan pihak polis untuk tujuan siasatan.
Anwar yang bertanding di PRK Parlimen Port Dickson kali ini berhadapan pertandingan tujuh penjuru membabitkan calon Pas dan lima calon Bebas termasuk bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan. - K! ONLINE
Foto Suara Rakyat.