Monday 15 October 2018

[Video PARLIMEN Tun M-Penjelasan Hasil Lawatan Ke Negara China] KENAPA BARU SEKARANG NAK CARI RAKYAT mintak duit? Usul ucapan PM di PBB dijadikan asas dasar luar diluluskan.

Selasa, 16 Oktober 2018
Image may contain: 4 people, text
Suara Rakyat
KENAPA BARU SEKARANG NAK CARI RAKYAT mintak simpati bantu kamu semua...?
MASA BAPAK KAMU BERKUASA.. anak beranak satu keluarga hidup dengan penuh kemewahan boros tak ingat dunia, mentak kedarah guna harta kerajaan & wang rakyat..
MASA KAMU KAWEN.. perhabih juta2 ringgit, berapa ramai rakyat marhaen kamu jemput datang..
Merasa lah rasa susah tu sikit.. Tak kan selama2nya nak hidup senang..
Alami tekanan kewangan, Najib mohon sumbangan
Alami tekanan kewangan, Najib Razak mohon sumbangan
Najib dalam satu entri di Facebooknya mengakui mengalami tekanan kewangan akibat kos guaman dan ikat jamin yang tinggi.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menerusi satu kenyataan yang dimuat naik anaknya Nooryana Najwa memaklumkan mengenai satu Tabung Solidariti 2.0 DSN yang diwujudkan bagi membantu meringankan beban Bekas Perdana Menteri itu dan keluarganya.

Najib dalam satu entri di Facebooknya mengakui mengalami tekanan kewangan akibat kos guaman dan ikat jamin yang tinggi iaitu mencecah jutaan ringgit (anggaran RM7 juta).

“Setakat ini, kami memperoleh pertolongan dari sahabat terdekat dan saudara-mara yang tampil ke depan untuk menolong tetapi jika boleh, kami tidak mahu membebankan mereka lagi.
Astro Awani

Usul ucapan PM di PBB dijadikan asas dasar luar diluluskan\

Usul ucapan PM di PBB dijadikan asas dasar luar diluluskan
Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul menjadikan ucapan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-73 (UNGA) sebagai kerangka asas dasar luar Malaysia.
Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah ketika menggulung usul berkenaan menjelaskan ucapan Dr Mahathir pada 28 Sept lepas di New York sememangnya telah dirancang untuk dibahas di Parlimen sebelum dijadikan haluan kepada dasar luar negara.
“Ucapan ini diangkat menjadi asas dasar luar kerana kita kerajaan baharu dan kita harus bentangkan satu kerangka dasar luar, tidak bermakna setiap kali ucapan perdana menteri akan diangkat ke dewan ini,” katanya.
Dr Mahathir dalam ucapan berkenaan antara lain menyentuh kedudukan dan dasar luar negara yang berteraskan prinsip seperti tidak berpihak kepada mana-mana kuasa, berkecuali dan mengamalkan falsafah “memakmurkan jiran”, selain memberi penekanan kepada hubungan Malaysia dengan kuasa-kuasa besar dunia, isu Palestin dan Rakhine serta perang dagangan antara negara-negara kuasa ekonomi.
Saifuddin menegaskan bahawa pihak kerajaan tidak menafikan dasar luar yang telah wujud sebelum ini, seperti didakwa beberapa beberapa anggota Parlimen pembangkang ketika membahaskan usul berkenaan.
“Kita dengan sangat berhati-hati tidak menggunakan dasar luar yang baharu, dari mula saya jadi menteri luar, saya tidak pernah katakan ada dasar luar yang baharu.
“Perkataan yang digunakan ialah kerangka, kerangka dasar luar ‘Malaysia Baharu’, ‘Malaysia Baharu’ bukan dasar luar baharu bagi Malaysia,” kata Saifuddin.
Ketika sesi perbahasan, antara lain Datuk Seri Anifah Aman (Bebas-Kimanis) dan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) menegaskan isi ucapan Dr Mahathir itu telahpun dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional terdahulu, justeru tidak perlu diangkat sebagai dasar luar yang baharu.
Sementara itu, menjawab celahan Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Arau) yang ingin tahu usaha kerajaan bagi memulihkan hubungan dengan kerajaan Arab Saudi selepas isu seperti penamatan operasi Pusat Keamanan Antarabangsa King Salman di sini, Saifuddin berkata beliau telah membuat penerangan berkenaan isu-isu berkaitan kedua-dua negara kepada duta negara terbabit di sini dan menteri luarnya.
“Saya yakin (hubungan kedua-dua negara) masih baik,” katanya.
Persidangan bersambung esok.- Bernama.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena