Monday 15 October 2018

[Video KJ & MP Tg. Malim Bertelagah Isu 'Takut BERSUARA!'] KJ persoal kesan konvensyen PBB kepada hak bumiputera.

Selasa, 16 Oktober 2018
Hebat ...
Foto Otai BERSIH.
Otai BERSIH

KJ persoal kesan konvensyen PBB pada hak bumiputera

MP Rembau Khairy Jamaluddin mempersoalkan impak rancangan Putrajaya untuk menandatangani konvensyen hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan kesannya terhadap hak istimewa bumiputera.
Khairy berkata Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum PBB misalnya menghalang negara yang memperakuinya daripada melaksanakan dasar 'diskriminasi positif' (tindakan afirmatif) selepas matlamat pelaksanaannya dicapai.
Bekas ketua pemuda Umno itu juga berkata Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan jelas memperuntukkan kedudukan istimewa diberkan kepada bumiputera.
"Adakah YB mengatakan Perkara 153 Perlembagaan yang jelas beri special status to one group of people, kena ada had tempoh?
"Kerana jelas limitation on all forms of racial discrimination ada had tempoh bagi dasar undang-undang beri positive discrimination on minority.
"Saya tak sebut saya setuju atau tidak. Adakah kita sedar implikasinya terhadap dasar (negara)?
Bahas usul ucapan PM di PBB
"Untuk konvensyen (PBB) lain saya tiada masalah tetapi ini kita tidak ratify with good reason sebab selaraskan dengan perlembagaan persekutuan kita ada kedudukan istimewa pada satu kumpulan etnik," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Khairy berkata demikian ketika membahaskan usul ucapan dasar Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Persidangan Agung PBB baru-baru ini sebagai asas polisi luar negara.
Kemudian, ketika Chang Lih Kang (HARAPAN-Tanjong Malim) membahaskan usul ucapan yang sama, Khairy bertanya jika beliau bersetuju untuk menghapuskan Perkara 153.
Chang tidak menjawab secara langsung berkata beliau menyokong konvenyen itu dan terdapat pilihan untuk ratifikasi bersyarat (ratify with reservations).
Chang membalas dan bertanya Khairy jika beliau bersetuju dengan ratifikasi konvensyen itu.
Khairy menjawab, "setuju tetapi kita kena bincang."
Menteri Luar Negeri Datuk Saifuddin Abdullah ketika menggulung perbahasan berkata kerajaan tahu akan batasannya dan apa yang penting soalan diajukan dan langkah diambil.
"Kita tidak lah hendak ratify sampai nak tanggalkan simpul yang mati, saya pasti tiada yang nak (begitu)," maklum beliau.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena