Monday 15 October 2018

[Video Anwar jawab kritikan terhadap manifesto HARAPAN] LKS: Akhirnya PAS akui prestasinya kian merosot & Tak percayalah 2.3 juta Melayu mengundi Umno dan 2 juta pengundi pulak mengundi PAS semasa PRU14!

Isnin, 15 Oktober 2018
No automatic alt text available.
Foto Otai BERSIH.
Image may contain: one or more people and text
No automatic alt text available.
Tumpang sekole.

Akhirnya PAS akui prestasinya kian merosot – Kit Siang

Akhirnya, kepimpinan PAS yang diketuai Datuk Seri Hadi Awang mengakui bahawa di bawah kendaliannya, prestasi PAS kian merosot.
Saya tidak pernah berkata bahawa PAS kini telah kecundang, pun begitu saya berani untuk membuat ramalan bahawa selagi kepimpinan Hadi berterusan mengambil pendirian yang berbeza daripada apa yang pernah diperjuangkan oleh dua bekas Presiden PAS terdahulu iaitu arwah Fadzil Nor dan Yusof Rawa serta bekas Mursyidul Am arwah Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak mustahil prestasi PAS akan terus merosot dalam lanskap politik Malaysia.
Menjawab kenyataan saya semalam, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata saya tidak seharusnya memandang remeh terhadap PAS walaupun parti itu menunjukkan prestasi yang lemah pada Pilihan Raya Umum 9 Mei lalu dan menyatakan bahawa walaupun prestasi PAS semakin merosot, ia tidak bermakna PAS telah kecundang.
Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata PAS menyertai pilihan raya tanpa bergantung kepada sokongan parti lain, tidak seperti Amanah, PPBM, apatah lagi DAP.
Adakah Setiausaha Agung PAS membayangkan bahawa suatu hari nanti, PAS secara bersendirian boleh memenangi pilihan raya umum tanpa bantuan daripada mana-mana parti politik lain? Jika ya, pemimpin PAS mungkin hidup dalam dunianya sendiri, tidak berpijak di bumi yang nyata.
Institut Darul Ehsan (IDE) menerusi tinjauan pilihan raya yang dijalankannya menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson membuat ramalan yang sangat tepat apabila mengatakan bahawa PAS “tidak dijangka mendapat lebih daripada satu peratus undi bukan Melayu”.
Adakah IDE salah? Bolehkah Takiyuddin atau mana-mana pemimpin PAS lain tunjukkan di mana salahnya ramalan IDE itu, dan bolehkah mereka tunjukkan bahawa PAS menang lebih daripada satu peratus undi bukan Melayu pada PRK Port Dickson?
Jika PAS tidak dapat memenangi satu peratus undi bukan Melayu di Malaysia, adakah ia mampu membentuk Kerajaan Persekutuan di Malaysia?
Ia bukan rahsia lagi, PAS mendapat sokongan tersirat daripada kepimpinan tertinggi Umno dalam PRK Port Dickson sebagai sebahagian daripada konspirasi politik Umno-PAS yang sedang giat dijalankan, namun satu-satunya faedah yang diperolehi PAS daripada pakatan tidak suci (unholy) dengan UMNO itu adalah deposit calon PAS terselamat!

Saya tidak fikir bahawa kedua-dua bekas presiden PAS, Fadzil Nor dan Yusuf Rawa, serta bekas PAS Mursyidul Am Nik Aziz Nik Mat akan menganggap ia sebagai sesuatu yang membanggakan bagi PAS apabila parti itu sanggup menjalinkan pakatan tidak suci dengan Umno semata-mata mahu menyelamatkan deposit calon PAS di PKR Port Dickson.
Saya percaya bahawa pelampau politik dan oportunis dalam Umno serta PAS yang terjerumus ke dalam politik toksik dan berniat jahat yang memainkan isu kaum, agama, kebencian, ketakutan dan pembohongan akan tetap tewas dalam era maklumat di Malaysia dan keputusan PRK Port Dickson harus dijadikan pengajaran kepada pemimpin Umno dan PAS.
Saya tidak percaya bahawa 2.3 juta pengundi Melayu yang mengundi Umno dan 2 juta pengundi yang mengundi PAS semasa Pilihan Raya Umum ke-14 mahu Malaysia berterusan menjadi negara penyangak, demokrasi palsu dan kleptokrasi global di mana pemimpin gagal ujian agama paling asas dalam membezakan yang benar dan yang salah, kebenaran dan pembohongan serta keadilan dan ketidakadilan.
Pakatan Harapan mahu mengubah Malaysia daripada kleptokrasi global kepada sebuah negara yang berintegriti, matlamat yang saya yakin akan disokong oleh mereka yang telah disesatkan untuk mengundi Umno dan PAS pada Pilihan Raya Umum ke-14. – Roketkini.com
*Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Parlimen pada Isnin 15 Oktober 2018

1 comments:

AMISHA said...




Saya selalu berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan peminjam yang meminjamkan uang tanpa membayar terlebih dahulu.

Jika Anda mencari pinjaman, perusahaan ini adalah semua yang Anda butuhkan. setiap perusahaan yang meminta Anda untuk biaya pendaftaran lari dari mereka.

saya menggunakan waktu ini untuk memperingatkan semua rekan saya INDONESIANS. yang telah terjadi di sekitar mencari pinjaman, Anda hanya harus berhati-hati. satu-satunya tempat dan perusahaan yang dapat menawarkan pinjaman Anda adalah SUZAN INVESTMENT COMPANY. Saya mendapat pinjaman saya dari mereka. Mereka adalah satu-satunya pemberi pinjaman yang sah di internet. Lainnya semua pembohong, saya menghabiskan hampir Rp15 juta di tangan pemberi pinjaman palsu.

Pembayaran yang fleksibel,
Suku bunga rendah,
Layanan berkualitas,
Komisi Tinggi jika Anda memperkenalkan pelanggan

Hubungi perusahaan: (Suzaninvestment@gmail.com)

Email pribadi saya: (Ammisha1213@gmail.com)

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena