Monday 15 October 2018

[Video Parlimen-Tajuddin Mengamuk ''Apa Yang Baru?] Pas sedia demo demi bantah Oktoberfest & Rayuan pengurus p'raya Rantau bukan bidang kuasa Mahkamah Rayuan.

Isnin, 15 Oktober 2018


Image may contain: one or more people, people standing and text
No automatic alt text available.
Tumpang sekole.

Rayuan pengurus p'raya Rantau bukan bidang kuasa Mahkamah Rayuan

Mahkamah Rayuan hari ini berkata bahawa ia tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar rayuan Amino Agus Suyub berhubung hukuman tiga bulan penjara yang dikenakan terhadap pegawai pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Rantau itu kerana menghina mahkamah.
Hakim Datuk Hamid Sultan Abu Backer mempersoalkan sama ada rayuan berkenaan berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Rayuan, memandangkan ia merupakan pensabitan oleh prosiding Mahkamah Pilihan Raya.
G Rajasingham dan K Satya yang merupakan peguam Amino berkata mereka akan menyediakan dokumen untuk diserahkan kepada Mahkamah Persekutuan esok dan memohon pendengaran segera.
Minggu lalu, Hakim Mahkamah Pilihan Raya Datuk Azimah Omar mendapati Amino bersalah kerana menghantar mesej teks kepada penolong pegawai pengurus SPR, Daing Muhamad Rahimi dengan cuba mengajarnya menjawab soalan dalam petisyen pilihan raya bagi kerusi Rantau.
Calon PKR, Dr S Streram memfailkan petisyen pilihan raya itu selepas dia tidak dibenarkan menyerahkan borang pencalonannya pada 28 April lalu yang seterusnya memberi kemenangan tanpa bertanding kepada calon BN Datuk Seri Mohamad Hasan.
Dalam afidavit sokongannya, Amino berkata dia menghantar laporan berita berhubung prosiding mahkamah pada 2 Okt lalu dan mesej teks pada 8.42 pagi keesokan harinya.
Daing, yang hadir sebagai saksi pada hari itu, memberitahu mahkamah bahawa kali terakhir dia berhubung dengan Amino adalah malam sebelumnya.
Peguam Amino kemudian mengesahkan perkara itu dan dia kemudian diberikan surat tunjuk sebab pada 10 Okt.
Menurut afidavit itu, Amino tidak memahami dakwaan menghina mahkamah yang dikenakan ke atasnya kerana dia tidak mempunyai butiran mengenai dakwaan kesalahan itu, namun tetap memohon maaf.
Azimah bagaimanapun tidak menerima permohonan maaf itu atas alasan Amino masuk campur dalam prosiding dan pentadbiran mahkamah mendapati dia bersalah kerana menghina mahkamah.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena