Tuesday 16 October 2018

[Video Penguatkuasa JPJ, SPAD Didakwa Gagal Daftarkan Grab] Fitnah, 'Kereta Kalis Peluru Audi' PM! Tabayyun dulu sebelum sebar... geng macai dan walaun woii! Pertekma bantah Pua tapi tak setuju demo.

Selasa, 16 Oktober 2018
Foto Suara Rakyat.
Ada macai2 pembangkang sebar gambar kereta Audi ni kononnya PM Ke-7 beli kereta baru tu utk kegunaan kereta rasmi PM..
SEBAB NAK TABUR FITNAH, kutip balik gambar 2 tahun lps masa PM Najib guna Audi tu katanya PM Ke-7 yg beli.. Mudah kan nak fitnah..
Tabayyun dulu sebelum sebar... geng#PembangkangPembangang!

Pertekma bantah Pua tapi tak setuju demo

Satu lagi syarikat teksi menyuarakan bantahan terhadap cadangan Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Tony Pua untuk menjadikan Grab sebagai pengganti perkhidmatan bas pengantara di stesen MRT dan LRT.
Presiden Pertubuhan Pemandu Dan Pengusaha Teksi/Limosin Dan Kereta Sewa Malaysia (Pertekma), Mohd Syahrir Abd Aziz mempersoalkan tujuan Pua berbincang hanya dengan Grab.
Sedangkan katanya, teksi dan syarikat e-hailing lain turut menyediakan perkhidmatan di stesen-stesen MRT dan LRT.
"Banyak lagi syarikat e-hailing di negara ini, kenapa nak buat hanya dengan Grab?
"Jangan ingat dia (Grab) ada duit, dia boleh buat segala-galanya. Itu zaman kerajaan lama, ini kan zaman kerajaan baharu, takkan masih begitu?
"Sebab itulah semua orang (pemandu teksi) marah. Sebab itulah pemandu teksi hendak berdemo," katanya kepada Malaysiakini, hari ini.
Esok satu perhimpunan besar-besaran akan diadakan di hadapan bangunan Kementerian Kewangan di Putrajaya yang didakwa akan dihadiri lebih 3,000 pemandu teksi bagi menyatakan bantahan terhadap Pua.
Perhimpunan itu dianjurkan penasihat syarikat Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd, Datuk Shamsubahrin Ismail yang turut memberi amaran akan menganjurkan perhimpunan kedua di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) dan ketiga di hadapan rumah Pua seandainya perbincangan menemui jalan buntu.
Bagaimanapun Syahrir berkata beliau berpegang kepada pendirian bahawa demonstrasi bukanlah jalan yang terbaik bagi menyelesaikan masalah tersebut.
"Kami di Pertekma, dari dulu kami tak pernah buat demo. Kami tak percaya bahawa dengan berpiket dan melaung-laung di jalanan dapat menyelesaikan masalah.
"Kenapa nak susahkan orang lain? Ia hanya akan buatkan orang lagi marah pada pemandu teksi, sedangkan kami kena cari makan. Saya sokong bantahan terhadap Pua, tapi saya tak menggalakkan demostrasi," tambahnya.
Di bawah Kementerian Pengangkutan
Beliau turut menegaskan urusan pengangkutan awam seperti MRT dan LRT adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan, bukannya Kementerian Kewangan.
"Mungkin juga Pua hanya bercakap ikut suka dia, tetapi nanti yang buat keputusan akhir tetap menteri pengangkutan (Anthony Loke)," katanya lagi.
Ditanya penggunaan aplikasi e-hailing bagi pemandu teksi, Syahrir memberitahu Pertekma tidak menolak cadangan tersebut, malah sedang di fasa akhir dalam membangunkan aplikasi e-hailing sendiri buat pemandu teksi.
"Kami telah meterai perjanjian persefahaman dengan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa) untuk membangunkan aplikasi itu bersama-sama.
"Insya Allah hujung bulan ini akan saya dedahkan, tetapi kami dah buat pelancaran tempoh hari," tambahnya.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena