Tuesday 16 October 2018

[Video Kenapa sibuk nak mansuh hukuman mati, mansuh tol dulu] Bercakap benda kecil isu stokin kurang satu minit pun disensasikan & Tol tak dapat dihapuskan kerana masalah kewangan semasa negara - Baru Bian

Selasa, 16 Oktober 2018

Bercakap benda kecil kurang satu minit disensasikan

Dr Maszlee menerusi Twitternya memberi respon berkenaan isu yang hangat diperkatakan sejak semalam itu. Antaranya adalah isu warna stokin hanya diulas kurang dari satu minit namun disensasikan media seperti Utusan Malaysia sehingga bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut berminat mengenainya.
Namun apabila menteri itu membincangkan perkara penting seperti hospital universiti, tiada pula pihak yang mahu menjadikannya sensasi, ujarnya dalam satu status, pagi ini.

Dr Mahathir: Tol akan dimansuh secara peringkat

April 3, 2018

Pengerusi PH, Dr Mahathir Mohamad mengakui caj tol tidak boleh dimansuhkan serentak walaupun pembangkang berjaya menawan Putrajaya.
FMT
Tol tak dapat dihapuskan kerana masalah kewangan semasa negara - Baru Bian
Kerajaan tidak dapat menghapuskan kutipan tol disebabkan masalah kewangan semasa negara, kata Menteri Kerja Raya Baru Bian.

Beliau berkata tidak betul sekiranya ada yang beranggapan kerajaan Pakatan Harapan yang baru boleh menghentikan kutipan tol dalam masa dua atau tiga bulan.
"Kita akan teruskan kutipan tol seperti sedia ada, sehingga kedudukan kewangan negara jadi lebih kukuh... ini bermakna kita sedang melihat kepada lain-lain alternatif," katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar Persidangan "Malaysia: A New Dawn 2018" di sini hari ini.

Baru berkata kos sebenar penyelenggaraan jalan raya persekutuan setiap tahun adalah kira-kira RM2 bilion, namun kementerian Kerja Raya hanya menerima antara RM600 juta dan RM800 juta sahaja dari bajet tahunan bagi tujuan itu.

"Malah kami diminta berusaha mengurangkan lagi jumlah itu, pihak kami menerima kurang 50 peratus daripada apa yang diperlukan. Selain itu kami juga ada kerja-kerja penyelenggaraan yang tertangguh sekitar 30 peratus yang perlu dilaksanakan, jika kami tidak laksanakan kerja-kerja ini, jumlah kerja yang tertangguh akan melonjak kepada 40 atau 50 peratus," katanya.

"Keselamatan pengguna jalan raya amat penting, oleh itu kami akan merayu kepada Kementerian Kewangan untuk dapatkan peruntukan sewajarnya yang kami perlukan. Jika kerja-kerja penyelenggaraan ini tidak dijalankan, lebih banyak lagi jalan raya akan berlubang, nanti timbul pula isu lain lagi," katanya. - Bernama

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena