Monday 18 February 2019

[Live Tun M serang Hadi & Pas SKANDAL RASUAH RM90 Joterrr] Strategi Mahathir yang penuh misteri.

Isnin, 18 Februari 2019
Otai BERSIH
Strategi Mahathir yang penuh misteri.
Semua sudah sedia maklum, Tun Dr Mahathir Mohamad memimpin semula negara bermula 10 Mei 2018, iaitu sehari selepas Pakatan Harapan (PH) berjaya memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Semenjak itu, kehidupan beliau dipenuhi dengan kesibukan memikir, mengurus dan mentadbir negara dibantu oleh pasukan pentadbiran yang terdiri daripada menteri, timbalan menteri dan ketua jabatan. Mereka ini semua tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mentadbir Malaysia supaya ekonomi terus diunjur stabil, kehidupan sosial masyarakat terjamin dan memacu kehidupan masyarakat Malaysia ke arah yang lebih baik.

Strategi Mahathir. Semua juga sudah ambil maklum mengenai perjanjian antara Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam perjanjian itu, Dr Mahathir akan melepaskan jawatan perdana menteri dan memberi laluan kepada Anwar. Walaupun tidak ada tempoh rasmi, namun dikatakan Dr Mahathir hanya memegang jawatan perdana menteri selama 2 tahun sahaja. Maksudnya, jika Dr Mahathir diberi kesihatan yang berpanjangan dan sihat tubuh badannya sehingga 10 Mei 2020, dan ketika itu beliau masih kekal sebagai perdana menteri, beliau harus melepaskan jawatannya.

Namun, situasi politik tanah air pada hari ini nampaknya tidak sama seperti era pentadbiran Dr Mahathir ketika 1981-2003. Ketika itu, Dr Mahathir menjadi perdana menteri atas tiket Barisan Nasional (BN) yang didominasi oleh Umno. Beliau boleh melakukan apa sahaja kerana BN ketika di bawah pimpinannya menguasai 2/3 majoriti di Parlimen. Pasukan pembangkang ketika itu juga tidak kuat, ditambah pula jaringan internet pada ketika itu tidak begitu meluas.

Kini, Dr Mahathir menjadi perdana menteri atas tiket Pakatan Harapan (PH) yang terdiri daripada partinya sendiri, iaitu PPBM. Selain itu, PH juga dianggotai oleh PKR, DAP dan Amanah. Walaupun Dr Mahathir mengetuai pasukan PH, namun PPBM mempunyai sedikit sahaja kerusi di Parlimen. Malah ahli Parlimen PKR dan DAP jauh lebih banyak daripada PPBM. Oleh itu, sesuatu keputusan yang ingin dibuat harus mendapat kesepakatan semua ahli pimpinan tertinggi PH.

Strategi Mahathir


Dr Mahathir adalah ahli politik yang bijak, licik dan tidak mudah menjangka apa yang akan beliau lakukan. Walaupun sukar membaca pergerakan politiknya, namun penulis mengetengahkan beberapa situasi yang memungkinkan Dr Mahathir melepaskan jawatannya lebih awal.

Berjaya tumbangkan Najib

Dr Mahathir suatu ketika dahulu sedaya upaya menurunkan Datuk Seri Najib Razak namun tetap gagal. Najib masih kekal sebagai perdana menteri, presiden Umno dan pengerusi BN (sebelum PRU14). Oleh sebab itu, Dr Mahathir menubuhkan PPBM dan menyertai blok PH.

Pertembungan BN-PH pada PRU14 menyaksikan BN tewas dan PH buat pertama kalinya mendapat peluang mentadbir negara. Najib berjaya diturunkan, Dr Mahathir pula diangkat sekali lagi sebagai perdana menteri. Nampaknya, hasrat Dr Mahathir tercapai dan ini memungkin beliau mengatur perancangan untuk berundur secara perlahan-lahan.

Dr M ‘dikunci’

Mendalami dan menghayati beberapa buah buku yang pernah dihasilkan Dr Mahathir, terutama “A Doctor In The House”, Dr Mahathir adalah ahli politik yang tidak gemar dikongkong, berani berdepan dengan sesiapa sahaja sama ada kawan mahupun lawan. Beliau juga begitu terkenal dengan “kuasa”. Kuasa melantik dan menggugurkan seseorang, bahkan berkuasa memasukkan dan mengeluarkan seseorang daripada penjara. Ini adalah Dr Mahathir era pentadbiran 1981-2003.

Namun, era pentabiran 2018 hingga kini menunjukkan Dr Mahathir seperti “dikunci”, tidak bebas lagi bebas membuat keputusan, bahkan perlu mendapat persetujuan semua pihak berkepentingan. Ini sesuatu yang tidak digemari beliau dan ini bukanlah dirinya yang sebenar.

Umno masih wujud

Walaupun Umno gagal mempertahankan kuasa pada PRU14, bahkan terdapat beberapa pemimpinnya menyeberang dan melompat parti, Umno masih lagi “bernyawa” dan tidak terkubur. Memetik kenyataan beberapa pemimpin tertinggi parti, Umno kini ibarat parti yang “diikat kaki dan tangan”, aset dibekukan dan beberapa ahli mula meninggalkan parti.

Strategi Mahathir


Menguburkan Umno tidak semudah yang dijangka kerana parti ini mempunyai berjuta-juta ahli di seluruh negara. Selagi Umno wujud, selagi itulah PPBM tidak mendapat sokongan yang kuat daripada orang Melayu.

Perancangan tidak menjadi

Perancangan yang diatur Dr Mahathir pada awal kejayaannya mengambil alih semula pentadbiran negara nampaknya banyak yang tidak menjadi. Perancangan mewujudkan kereta nasional ke-3 masih dalam peringkat kajian, ekonomi masih lagi lemah, masalah pengangguran masih pada tahap tinggi, harga barang masih mahal, malah banyak projek mega ditangguh dan dibatalkan.

Jika situasi ini berterusan, amat merbahaya kepada Dr Mahathir kerana mewujudkan risiko beliau melepaskan jawatan dalam keadaan “kegawatan”. Tun Mahathir tidak mahu dikenang sebagai pemimpin yang gagal, oleh itu beliau perlu berusaha lebih gigih untuk memulihkan negara atau berundur lebih awal. Pengunduran lebih awal daripada yang dijangka setidak-tidaknya menyelamatkan maruah politik beliau daripada terpalit dengan pelbagai masalah negara.

Pasukan Kabinet lemah

Pasukan Kabinet PH masih lagi lemah. Ini kerana daripada keseluruhan jumlah menteri yang ada, tidak sampai separuh daripadanya betul-betul berkesan dalam melakukan gerak kerja. Ini amat merisaukan Dr Mahathir kerana pasukan Kabinet yang lemah akan memeperlahankan gerak kerja yang diatur oleh beliau. Akhirnya, segala perancangan akan lambat, atau lebih parah lagi akan menjadi gagal untuk dilaksanakan.

Jika melihat kepada situasi politik terkini tanah air, ada beberapa kemungkinan untuk Dr Mahathir berundur dalam jangka masa tertentu. Pertamanya, jika PH berjaya memenangi PRK DUN Semenyih, itulah waktu yang paling sesuai untuk Dr Mahathir melepaskan jawatan.

Suara-suara desakan supaya Dr Mahathir mengotakan janjinya untuk menaikkan Anwar sebagai perdana menteri juga semakin jelas kedengaran. Oleh itu, amat mustahil untuk Dr Mahathir memegang tampuk pemerintahan dalam jangka masa yang lebih lama.

Kedua, jika PH tewas dalam PRK Semenyih, Dr Mahathir memerlukan tempoh sekurang-kurangnya 3 bulan, 6 bulan atau lebih lama lagi untuk melepaskan jawatannya. Kerana, jika beliau melepaskan jawatan dalam tempoh masa terdekat selepas PH tewas di DUN Semenyih, beliau hanya akan dilabel sebagai “failure”.

Strategi Mahathir

Ketiga, waktu yang sesuai untuk beliau mengumumkan pengundurannya adalah dalam Perhimpunan Agung Tahunan PPBM, sama seperti apa yang beliau lakukan ketika di dalam Umno suatu ketika dahulu.

Pemikiran dan percaturan politik Dr Mahathir adalah sesuatu yang sukar dijangka. Oleh itu, penulis hanya mampu membuat analisis berdasarkan kepada situasi politik terkini tanah air.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena