Monday 18 February 2019

[Video 'Cekak Menteri' Papagomo direman tiga hari] Exco Pemuda Umno direman tiga hari membantu siasatan insiden serangan ke atas Menteri.

Isnin, 18 Februari 2019
「Gambar papagomo kena tahan」的圖片搜尋結果

Papagomo direman tiga hari

Exco Pemuda Umno, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo, direman tiga hari sehingga Rabu bagi membantu siasatan insiden serangan ke atas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, di Kajang, Sabtu lalu. Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Supt Mohd Sabri Abdullah berkata pemohonan reman terhadap Papagomo, dibuat di Mahkamah Majistret Kajang pagi ini. “Selain Papagomo, terdapat seorang lagi individu berusia 39 tahun ditahan namun dibebaskan setelah diambil keterangan dengan jaminan polis. “Dia (Papagomo) kini disiasat di bawah Seksyen 147/323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan dan merusuh,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, hari ini. Semalam, Papagomo, 36, ditahan di rumahnya di Setapak, Kuala Lumpur bagi membantu siasatan kes berkenaan. Dalam kejadian pukul 10.45 pagi Sabtu itu, anggota Parlimen Muar berkenaan mendakwa bahawa beliau diserang oleh sekumpulan penyokong pembangkang sebaik keluar dari pusat penamaan calon Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih yang berlangsung di Dewan Seri Cempaka Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ). Video insiden provokasi berdurasi 22 saat itu turut tular dalam media sosial yang menunjukkan Syed Saddiq yang dikawal ketat polis dibawa keluar dari kawasan berkenaan. Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat tentang insiden berkenaan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kes iaitu ASP Radzee B Jamudi di talian 019-6655811.
KiniTV.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena