Sunday 17 February 2019

[Video Billion Dollar Whale] Nak baca apa? Bill Gates cadangkan buku skandal 1MDB.

Isnin, 18 Februari 2019

Nak baca apa? Bill Gates cadangkan buku skandal 1MDB

Skandal 1MDB turut menarik perhatian pengasas Microsoft Bill Gates, yang juga antara orang paling kaya dan berpengaruh di seluruh dunia.
Gates ketika ditanya buku yang mahu dicadangkannya, terus memetik Billion Dollar Whale: The Man Who Fooled Wall Street, Hollywood, and the World oleh Tom Wright dan Bradley Hope
“Buku pilihan saya ialah Billion Dollar Whale, sebuah kisah sedih rasuah dalam kewangan antarabangsa,” katanya dalam wawancara di sebuah stesen televisyen.
Rakaman cadangan itu dimuatkan di Instagram Wright sebentar tadi.
Gates menyifatkan buku berkaitan ahli perniagaan kontroversi dalam buruan Jho Low itu seperti Bad Blood: Secrets and Lies in a Silicon Valley Startup karya John Carreyro yang menyentuh itu bioteknologi.
“Bacaan menarik, mudah dibaca, mendebarkan,” kata Gates.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena