Sunday, 17 February 2019

[Video PAS TOLAK BN, walaun terkeliru] PAS sokong kepimpinan Tun M & Siap bawa sample surat nak sokong Mahathir? Selain amat mahir menipu, parti ana juga dilihat suka makan keliling.

Isnin, 18 Februari 2019
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, orang duduk dan dalaman
Siap bawa sample surat nak sokong Mahathir. Ni bukan biashe-biashe punya uturn.
Parti ana ni sebenarnya diurus oleh 2 @ 3 pemimpin sahaja. Merekalah yang pandai cari dedak dan ubah haluan parti ikut selera yang mereka kehendaki. Yang lain mengikut sahaja kerana terlalu sayangkan parti sampai tak sedar sudah jadi boneka sang pemakan dedak.
Selain amat mahir menipu, parti ana juga dilihat suka makan keliling.
TS.
PAS sokong kepimpinan Tun M
Merujuk kepada kenyataan perdana menteri bahawa Takiyuddin menandatangani surat perakuan, anggota parlimen Kota Bharu itu tidak menafikan hal berkenaan.
Bagaimanapun katanya Takiyuddin, perakuan bertulis tersebut berbentuk contoh saja.
“Perakuan bertulis yang berbentuk contoh (sample) diberikan sebagai komitmen sokongan PAS terhadap kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad di atas dasar menjaga kepentingan agama, negara dan bangsa sehingga PRU ke-15,” katanya.

Semalam Mahathir memberikan sedikit maklumat mengenai pertemuan kali kedua beliau dengan Presiden PAS Abdul Hadi Awang di Kuala Lumpur.
Pertemuan tersebut berlangsung di pejabat Mahathir di Yayasan Al-Bukhari dan atas permintaan Abdul Hadi.


Kata Mahathir PAS menyatakan perakuan untuk tidak memberikan sokongan kepada Umno dan BN dalam PRK Semenyih yang akan berlangsung pada 2 Mac ini.
Baca Mustahil PAS tak sokong Umno, kata naib presiden.

Kenyataan itu dibuat perdana menteri pada hari yang sama ramai pemimpin PAS hadir memberi sokongan kepada BN di pusat penamaan calon PRK Semenyih di Kajang.
Antara pemimpin PAS yang hadir ialah dua naib presidennya, Idris Ahmad dan Iskandar A Samad serta bendahari Razman Zakaria, serta pesuruhjaya parti itu untuk Selangor Sallehen Mukhyi.

Kata Takiyuddin persetujuan turut dicapai untuk PAS menjalin kerjasama yang lebih baik berdasarkan semangat federalisma di antara Putrajaya dan kerajaan Kelantan serta Terengganu.
“Khususnya dalam hal berkaitan pentadbiran, pembangunan dan pemberian royalti,” katanya.

Terdahulu, PAS mengadakan mesyuarat khas di Masjid Rusila, Marang, dipercayai berhubung pendedahan yang dibuat Mahathir itu.

Mesyuarat berkenaan dipengerusikan Abdul Hadi dan melibatkan kehadiran hampir kesemua pemimpin kanan parti itu.

Antara pemimpin petang ini ialah Idris serta seorang lagi naib presiden PAS, Mohd Amar Nik Abdullah, Ketua Dewan Ulamak, Dr Mahfodz Mohamed, Bendahari Dewan Ulamak PAS, Dr Khairuddin Aman Razali serta Takiyuddin sendiri.

Tidak ketinggalan Ketua Penerangan Nasrudin Hassan, Ketua Pemuda, Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Ketua Dewan Muslimat, Nuridah Mohd Salleh.

myinfoRAKYAT

2 comments:

HBM said...

sebenarnya malas nk komen...tapi rasanya TM lebih arif dgn permainan Tuan Presideng...bagi macai macai dan walaun hanya mampu fikir satu jenis jer...tak boleh fikir serampang dua atau tiga mata...

Tuan presideng hanya nk jaga imej PAS sahaja sesuai dgn keadaan...dulu x bagi NikAbduh mengaku audio tu sbb dah nk PRU14...

tu hari mati mati sokong BN kat Cameroon sbb nk ajar DAP....

kat Semenyih x sokong BN...tapi nk sokong TM jadi PM sepenggal...nmpk tak permainan ni...

1. Dlm masa terdekat nk minta TM bagi arahan Sprm jgn teruskan siasat pemimpin PAS terima 90 juta.

2. Nak huruharakan PH....DAP akan kurang senang dgn TM dan bersatu...Anwar dan geng akan bangkit tentang TM jika TM jadi PM sepenggal...last sekali PH akan berpecah...dan gabungan BN dan PAS jika cukup kerusi boleh ambik puterajaya...

Unknown said...

King maker la sangat...

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena