Sunday 17 February 2019

[Video Ini kawan juga] 'Pas tidak akan menyokong Umno' Nampak macam walaun yang tipu bukan Tun M & Clare dakwa di London Hadi cakap lain, di Malaysia lain.

Isnin, 18 Februari 2019
Imej mungkin mengandungi: 2 orang
Tanpa rujuk Majlis Syura, Hadi selamba ikut cara lama dia buat keputusan menalak UMNO.
Pakatan Harapan Supporters
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Nampaknya benar apa yang Tun kata. Walaun je kaki bohong syarie.
Status sebenar dakwaan mengenai kenyataan bahawa Pas tidak akan menyokong Umno dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Semenyih akan diketahui petang ini. Menteri Besar Terengganu, - Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Nampak macam walaun yang tipu bukan Tun M

Clare dakwa di London Hadi cakap lain, di Malaysia lain

Clare Rewcastle-Brown mendedahkan isi kandungan audio Nik Abduh Nik Abdul Aziz - yang panas sebelum ini - dijelaskan dengan terperinci oleh Presiden PAS Abdul Hadi Awang kepadanya.
Menurut pengarang Sarawak Report itu Abdul Hadi mengemukakan "analisis terperinci" berhubung kandungan serta maksud Nik Abduh dalam audio tersebut melalui dokumen yang diserahkan kepada mahkamah dalam saman presiden PAS berkenaan.
Saman itu sudah ditarik balik dan Abdul Hadi serta Clare bersetuju menyelesaikannya di luar mahkamah melalui syarat-syarat rahsia.
Dalam laporan terbaru Sarawak Report Clare juga menyiarkan inti pati kandungan dokumen tersebut. Antara lain Abdul Hadi menegaskan rakaman berkenaan tidak bermaksud PAS mengaku terbabit dalam rasuah dengan Umno.
Sebaliknya kata Abdul Hadi dalam dokumen terbabit, ia merujuk kepada sumbangan berbentuk kebajikan.
"Memandangkan dominasi Umno dalam politik, dan mengambil kira Umno ialah parti yang dianggotai ramai Melayu dan Islam, anggota dan penyokongnya mungkin berkongsi matlamat melakukan kebajikan dengan anggota dan penyokong PAS (justeru) tidak dapat dielakkan bahawa ahli-ahli PAS atau penyokong erpotensi menerima sumbangan sedemikian daripada ahli atau penyokong Umno," kata keterangan tersebut.
Kenyataan itu dibuat Clare sehari selepas Abdul Hadi mendakwa beliau belum mendengar kandungan rakaman suara Nik Abduh berkenaan. 
Untuk rekod apabila rakaman audio itu mula menjadi tular Nik Abduh berkeras menafikan beliau adalah orang yang ada di sebalik suara berkenaan.
Malah anggota parlimen Bachok itu menganggapnya sebagai fitnah, karut dan marut. Beliau juga menyifatkan audio tersebut sebagai "sampah yang tak layak dimakan kecuali pelahap fitnah seperti PAN (Parti Amanah Negara) dan sekutunya". 
Selepas mengaku sebenarnya beliau adalah orang yang bercakap dalam rakaman audio berkenaan Nik Abduh - yang juga anggota Jawatankuasa Pusat PAS - mempartahankan tindakannya itu sebagai keperluan demi parti.
Malah kata Nik Abduh, arwah bapanya - Nik Abdul Aziz Nik Mat - pernah mengambil pendekatan sama sebelum ini. 
Kata Clare dakwaan dibuat Abdul Hadi mengenai rakaman suara Nik Abduh itu menunjukkan sikap presiden PAS terbabit memberi kenyataan berbeza-beza di Malaysia dan mahkamah London.
"Dokumen berkenaan boleh dilihat semua orang dan ia tidak sepadan dengan kenyataan beliau kepada umum," katanya.
Abdul Hadi sebelum ini mengemukakan saman terhadap Clare ekoran rencana disiarkan portal terbabit yang mendakwa PAS menerima dana RM90 juta daripada BN sebelum PRU ke-14 lalu.
Dalam hujah pembelaannya Clare turut memasukkan rakaman audio Nik Abduh itu untuk dipertimbangkan dalam perbicaraan mahkamah.
Abdul Hadi menarik balik saman tersebut dengan alasan ia terlalu mahal untuk diteruskan.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena