Sunday 17 February 2019

[Video Apabila Seorang HAKIM TUDUH HAKIM Lain Menipu] Aku kena fikir banyak kali ni "Fatwa bahawa menipu itu wajib untuk jaga parti" & PAS parti bohong - Mohamad Sabu.

Ahad, 17 Februari 2019
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Revolusi Anak Muda Malaysia
Semenjak fatwa bahawa "menipu" itu wajib untuk jaga parti, aku kena fikir banyak kali tentang berita ini.
Beberapa jam selepas pemimpin kanan PAS hadir memberi sokongan kepada Umno dan BN di Semenyih, maklumat baru didedahkan Dr Mahathir Mohamad agak mengejutkan.
Menurut perdana menteri, dalam pertemuan beliau dengan Presiden PAS semalam Abdul Hadi Awang memberi perakuan untuk tidak menyokong Umno.
Ditemui di Petaling Jaya hari ini Mahathir mendakwa pada asasnya beliau dan Abdul Hadi berbincang mengenai politik semalam.
Ditanya mengenai butiran lanjut, Mahathir berkata PAS tidak akan menyokong Umno lagi.
"Tak akan menyokong Umno, ada juga pengakuan secara tertulis dan ditandatangani," katanya.
Malaysiakini sedang menghubungi PAS, termasuk Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, dan Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, yang turut menghadiri pertemuan semalam, bagi mendapatkan pengesahan.
Semalam Abdul Hadi hadir di pejabat Mahathir di Yayasan al-Bukhari di Kuala Lumpur untuk mengadakan kali kedua dengan pengerusi PH itu.
Ia berlaku sehari sebelum penamaan calon bagi PRK Semenyih di Kajang.
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, jambang, cermin mata dan teks

PAS parti bohong - Mohamad Sabu.
Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, turut menyifatkan PAS sebuah parti yang berbohong dan tidak boleh dipercayai selain menjejaskan imej perjuangan Islam yang dibawa parti berkenaan.
PAS parti bohong - Mohamad Sabu..
Parti Amanah Negara (AMANAH) yakin ahli PAS akan hilang kepercayaan terhadap parti itu berikutan pembohongan yang dilakukan pemimpin mereka.

Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, turut menyifatkan PAS sebuah parti yang berbohong dan tidak boleh dipercayai selain menjejaskan imej perjuangan Islam yang dibawa parti berkenaan.

“Sudah terbukti PAS sebuah parti berbohong kerana mereka sendiri mengaku berhubung isu rakaman audio.

“Saya tidak tahu sejauh mana perbincangan antara Dr Mahathir dan PAS, namun apa yang dikatakan mereka (PAS) hari ini semua berbohong.

“Malah, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, selepas pertemuan dengan PAS, menyatakan parti itu berkata tidak menyokong calon Barisan Nasional (BN), namun pemimpin mereka hadir pada hari penamaan.

“Bagi mereka berbohong itu wajib dan saya yakin serta percaya selepas ini, ahli PAS hilang kepercayaan kepada parti mereka kerana mempunyai pemimpin yang suka berbohong,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Pejabat AMANAH kawasan Pasir Mas di Kampung Jias di sini, hari ini. Yang turut hadir, Pengerusi AMANAH Kelantan, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Pada masa sama, Mohamad yang juga Menteri Pertahanan, kesal dengan kenyataan Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, yang mengaitkan bapanya dalam pembohongan berkaitan rakaman audio itu.

Terdahulu, Mohamad dalam ucapannya, berkata beliau bimbang pembohongan yang dilakukan PAS itu menyebabkan orang bukan Islam tidak percaya kepada Islam.

“Saya tidak bimbang orang bukan Islam tidak percaya kepada AMANAH dan PAS, tetapi saya bimbang jika mereka tidak percaya kepada Islam selepas melihat apa yang dilakukan PAS,” katanya.

PAS hari ini menafikan tidak akan menyokong UMNO dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih seperti didakwa Dr Mahathir.

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata PAS tetap menyokong UMNO, namun tahap komitmen serta kadar pembabitan parti itu berbeza keadaannya dengan yang dilakukan parti itu pada PRK Parlimen Cameron Highlands lalu.-Berita Harian
Otai Bersih.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena