Sunday, 17 February 2019

[Video Dr M: What PAS and I talked about] Wajib bohong demi menjaga maslahat? PAS adakan mesyuarat tergempar malam ini & Jangan percaya cakap PAS, pesan Mat Sabu.

Ahad, 17 Februari 2019
Imej mungkin mengandungi: teks
Kadang² tersilap dalam menyusun langkah berpolitik.. Sumbangnya akan membawa padah..
Ana nasihatkan kepada Haji Hadi, Nik Abduh, Tantawi, Takiri dan lain² supaya "ittaqullah".. Belajar kitab "Tasawwuf".. Su'dzan sesama sahabat itu salah.. Kerja kalian semua adalah sia².. (macam pernah dengar dialog ni)
He he..

Apa² pun ana mampu melihat sahaja.. Tidak mampu lagi menasihati atau menegur.. Nak harapkan walaun's.. Bukan tahu apa pun.. Jemadak angkat Haji Hadi letak dalam longkang pun diorang boleh takbir..
Nasiblah..
He he..
Sekian..
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, jambang, cermin mata dan teks
Hadi kata "Wajib bohong demi menjaga maslahat"....
Komen ana:
1. Apa maslahatnya..? Maslahatnya cuma takut walaun2 lembu peliharaan ente mengamuk dan berpecah je. Umat Islam x pecah. Majoriri umat Islam kt Malaysia ni dh tau yg ente ni tokoh ulama su penjual agama Allah. Buktinya, rakyat Malaysia tolak ente pd PRU lps. So, alasan maslahat itu cuma satu pembohongan lg utk menutup pembohongan yg lps.
2. Agama mana kitab mana ente rujuk kata ada perkara WAJIB BOHONG...? Ente rujuk nabi berbohong dlm konteks taktik nabi mnghadapi musuh dlm perperangan supaya musuh kalah. Nabi tu bohong utk lwn musuh, yg ente bohong ni kpd walaun lembu ente. Rakyat x caya pun pembohongan ente tu. Yg percaya cuma walaun lembu ente shj. Ente ni perang dgn rakyat ke atau dgn walaun ente sendiri...? Bermakna ente anggap rakyat ini adalah musuh entekah..? Terbukti juga ente berbohong lg atas nama agama.
3. Knyataan ente itu menunjukkan ente mngesahkan bahawa suara dlm audio tu milik Nik Abduh. Maknanya, ente akui penama2 yg disebut dlm audio tu termasuk nama ente sbg org yg mkn dedak UMNO. Yg mkn dedak ni specis binatang ternak spt ayam, kambing, lembu termasuklah babi. Maknanya secara otomatik ente terpaksa akui yg ente ni setaraf dgn binatang2 ternak tersebut termasuklah BABI.
WALLAHUALAM BISSAWAB.
Azhar Ledang
10.08am
Muar.

PAS adakan mesyuarat tergempar

MARANG: PAS mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan kontroversi yang melanda parti itu dipercayai termasuk kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa PAS tidak akan menyokong UMNO pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih.
Difahamkan, mesyuarat tertutup yang diadakan di Masjid Rusila itu dihadiri beberapa pemimpin tertinggi PAS dipengerusikan oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Sejak jam 2.30 petang tadi beberapa pemimpin tertinggi PAS Pusat dilihat mula memasuki bilik mesyuarat berkenaan yang terletak bersebelahan Masjid Rusila.
Antara yang turut kelihatan ialah Naib Presiden PAS, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah dan Idris Ahmad; Setiausaha Agung, Datuk Takiyuddin Hassan; Ketua Dewan Ulamak, Datuk Dr Mahfodz Mohamed; Ketua Penerangan, Nasrudin Hassan; Ketua Penerangan Dewan Ulamak, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali; Ketua Dewan Pemuda, Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Ketua Dewan Muslimat, Nuridah Mohd Salleh.
Ketika ini mesyuarat masih lagi berlangsung di lokasi.
BH Online.

Jangan percaya cakap PAS, pesan Mat Sabu

Susulan kenyataan terbaru PAS berhubung sokongan parti itu kepada calon BN di Semenyih, Presiden Amanah, Mohamad Sabu menegaskan ia tetap tidak boleh dipercayai.

Menurut Mohamad, PAS sebuah parti yang sanggup berbohong dan tidak boleh dipercayai sehingga menjejaskan imej Islam yang dibawa oleh parti berkenaan.
"Tak boleh percaya... semua yang dia cakap, bohong.
"Dia mengaku membohong adalah wajib bagi mereka, (justeru) PAS cakap apa pun jangan percaya," katanya.
Mohamad yang pernah menjadi timbalan presiden PAS sebelum beliau serta beberapa yang lain disingkirkan melalui muktamar pada 2015 berkata parti itu terbukti sanggup berbohong seperti apa yang terdedah melalui isu rakaman audio Nik Abduh Nik Abdul Aziz.
"Perdana menteri mengatakan - menerusi pertemuan mereka - PAS tidak menyokong calon BN, namun pemimpin lain PAS hadir pada hari penamaan calon (BN)," katanya.
Mohamad berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Pejabat Amanah Kawasan Pasir Mas di Kampung Jias, Pasir Mas, hari ini.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena