Sunday 17 February 2019

[Video Sampai bila?] Menteri kena maki "Kau ni bodoh bro"! LATEST, Papa Gomo ditahan kerana keluarkan kenyataan berbaur hasutan - KPN

Ahad, 17 Februari 2019
Otai BERSIH
LATEST... Papagomo dah ditahan gara2 laporan serang Syed Saddiq.
Exco Pemuda Umno Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo hari ini dibawa ke balai polis berhubung insiden kekocohan membabitkan dirinya dan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selepas penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih, semalam.

Papa Gomo ditahan kerana keluarkan kenyataan berbaur hasutan - KPN

IPOH: Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, mengesahkan penahanan pengendali blog Papa Gomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris semalam, berikutan kenyataannya yang didakwa berbaur hasutan.
Mohamad Fuzi berkata, penahanan itu adalah bagi membolehkan siasatan dijalankan membabitkan satu video yang dikeluarkan Wan Muhammad Azri yang didakwa cuba menaikkan sentimen orang ramai berkaitan isu perkauman.
“Semua kena sedia maklum, (penahanan) ini ekoran kenyataan-kenyataannya (Wan Muhammad Azri) berbaur hasutan dikeluarkan pada video yang cuba menaikkan sentimen orang ramai, kita tak mahu perkara berkaitan isu perkauman ini dibangkitkan dalam keadaan luar biasa.
“Jika kita biarkan perkara begini, ia akan menyebabkan masalah lain pula berkaitan isu keselamatan,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Perak di Mes Pegawai Kanan Polis di sini, hari ini.
Pada majlis itu, Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain@Abd Rasid akan memangku tugas Ketua Polis Perak berkuatkuasa hari ini bagi menggantikan Datuk Hasnan Hassan yang bersara wajib.
Menerusi semakan pada akaun Facebook menggunakan nama Sir Azri dipercayai milik Wan Muhammad Azri mendapati terdapat satu video secara langsung dibuatnya kelmarin dengan mengetengahkan tajuk ‘Ini Tanah Melayu’.
Difahamkan, penahanan Wan Muhammad Azri adalah membabitkan isu diketengahkan dalam video itu yang sudah ditonton seramai 327,000 pelayar dan dikongsi oleh 9,900 pelayar.
Mohamad Fuzi berkata tindakan bukan saja akan diambil terhadap Wan Muhammad Azri tetapi juga kepada semua pihak yang cuba menggunakan media sosial untuk menaikkan sentimen perkauman.
“Kita (polis) bukan saja akan ambil tindakan terhadap Papa Gomo ini tetapi semua yang terbabit terutama yang menggunakan media sosial ini untuk menimbulkan keresahan dan ketegangan dalam kalangan masyarakat,” katanya.
BH Online.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang
Setakat talak 1 atau 2 boleh rujuk balik..
Tapi kalau talak 3...
Nampaknya akan ada parti yg lain kena standby jdi "Cina Buta" la...
Imej mungkin mengandungi: teks
Hebat Tun! Memang Sah, komitmen PAS kepada BN di Semenyih berbeza dengan di Cameron Higlands.
"Perakuan bertulis yang berbentuk contoh (sample) diberikan sebagai komitmen sokongan PAS terhadap kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad di atas dasar menjaga kepentingan agama, negara dan bangsa sehingga PRU ke-15. Bermakna PAS juga memberi sokongan kepada Tun mahathir jika Tun nak terus jadi perdana menteri sampai habis penggal.

Papagomo sudah kecelaruan. Nak saman fitnah apanya bukan laporan YB Syed Saddiq cerita rekaan tapi memang kejadian yang benar berlaku, ada saksi mata dan ada rakaman video.
Yang kedua papagomo kata kenapa polis tidak tangkap dia ditempat kejadian. Dia tahu ke tidak, dalam situasi orang kenamaan (menteri) dalam situasi terancam tindakan pertama polis adalah membawa keluar orang kenamaan tersebut dari zon bahaya. Itu sebab papagomo dan yang lain-lain tidak diberkas masa itu juga sebab prioriti polis adalah menyelamatkan menteri dahulu. Admin yakin pihak Polis juga tahu tindakan memberkas mereka yg terlibat pada ketika itu akan lebih mengeruhkan suasana dan lebih berisiko kepada kententeraman awam.
Jadi kepada papagomo tidak perlulah memusing cerita yang satu malaya nampak bagaimana umnobn mengamalkan budaya politik samseng dan tidak beradab.
#pdrm mohon tiada kompromi dalam kes ini kerana menyentuh tanpa izin atau secara kasar dan mengeluarkan kata2 yg bersifat menghina seperti "kau ni bodoh bro" pada orang kenamaan yang diiringi oleh pengiring keselamatan adalah satu jenayah. Mohon tindakan tegas agar perkara ini tidak berlaku pada masa akan datang.
Kepada YB Menteri Syed Saddiq mohon bersifat tegas dan jangan sekali kali cuma berkompromi melalui penyelesaian luar mahkamah. YB kena bagi pengajaran kepada mereka mereka yg cuba memguji kesabaran YB.
M.A

1 comments:

nick said...

Beruk2, kera2 dan anjing UMNO ni mesti dihantar ke dalam jel dan itu adalah tempat yang paling sesuai untuk "binatang2 ternakan umno" ni. No compromise! Tindakan undang2 mesti dilakukan dan jangan terima apa2 pun permohonan maaf! You do the crime, you'll pay the time.

Nick.
Cape Tiger.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena