Tuesday 25 June 2013

Anwar Batal Hasrat Boikot Sidang Parlimen…BN pula lebih suka jika Anwar dan PR boikot angkat sumpah...

Selasa, 25 Jun 2013
BN lebih suka jika Anwar dan PR boikot angkat sumpah
Syabas diucapkan kepada sekumpulan anak muda yang berkhemah di Padang Merbok sejak perhimpunan Blackout 2206, yang telah berarak menuju ke bangunan Parlimen yang jaraknya 1km dari situ.
Mereka telah dihalang masuk ke perkarangan parlimen bagi menyampaikan memorandum menuntut menuntut dua pegawai tertinggi SPR berhenti kerana gagal mengurus tadbir urusan PRU yang adil dan bebas daripada penipuan.
Mereka adalah bakal-bakal pemimpin kerana punyai keberanian dan ketabahan dalam memperjuangkan kebenaran dan keadilan. Syabas !
Dalam pada itu, Anwar telah dituduh menganiaya penyokong sendiri kerana hadir ke majlis mengangkat sumpah. Sebelum ini beliau telah menyeru pengikutnya agar terus membantah keputusan pilihanraya dan mempertikai kewibawaan SPR.
Kehadiran Anwar Ibrahim (gambar dari MK) serta kesemua 89 Ahli Parlimen PR lainnya mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen pada 24 Jun 2013 telah dianggap sebagai mengiktiraf keputusan pilihanraya.
Pada…kesemua 88 Ahli Parlimen PR (melainkan seorang) telah tidak hadir taklimat sebagai simbolik bantahan penipuan SPR semasa PRU-13. Anwar sebelum ini pernah bercadang untuk memboikot majlis angkat sumpah parlimen, namun tidak dipersetujui oleh rakan komponen, PAS dan DAP.
Anwar tentunya bukan mudah untuk membuat keputusan, samada mahu memboikot sebagaimana kehendak sesetengah penyokongnya, atau bersetuju dengan konsensus rakan komponen PR. Banyak perkara perlu diperhitungkan. 
Ada yang kata, angkat sumpah boleh dibuat dilain hari. Tapi bilakah hari itu? Apakah Anwar dan rakan-rakan perlu boikot sehingga tuntutan kedua orang SPR itu dilucutkan jawatannya?
Risikonya terlalu tinggi kerana menurut akta Parlimen 59, mana-mana ahli parlimen tidak mengangkat sumpah dalam tempoh 6 bulan, mandat sebagai ahli parlimen akan digugurkan secara automatik. Apakah ini yang mereka mahukan?
Tentulah BN seronok kerana itulah yang BN harapkan sangat berlaku. Jika ini yang akan terjadi, BN akan dapat mengadakan semula pilihanraya kecil waima SPR tetap dengan keadaan yang belum lagi dibersihkan lagi. Rekod PR dalam menghadapi pilihanraya kecil tidak ada yang istimewanya.
Justeru itu, Anwar tiada pilihan, selain terpaksa mengikut konsensus rakan komponen PAS dan DAP.@ Tindakan Anwar tidak jadi memboikot angkat sumpah patut dipuji beliau khabarnya telah mencuba pula untuk mendapatkan calon speaker pilihan PR. Katanya nanti akan dapat sokongan 20 ahli parlimen BN. 
Bahawa disini membuktikan, Anwar tidak memaksa rakan-rakan mengikut jari telunjuknya sahaja. Dan rakan-rakan DAP dan PAS bukan kuda tunggangan Anwar sebagaimana anggapan sesetengah pihak.
Namun,sokongan 20 ahli parlimen tersebut tidak tercapai berikutan kertas undi itu memerlukan ahli Parlimen menulis nama.
Keadaan bertukar kecoh apabila ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, bangun memulakan bantahan. Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin turut bangun membacakan peraturan 4 itu yang sepatutnya undi dibuat secara rahsia.
"Kita lawan di Parlimen, di luar kita lawan, kita lawan at all level, tetapi 
jangan kita serah pada dia apa yang dah kita menang.." 

Sementara itu, Khalid Samad menyatakan bahawa jika PR tidak angkat sumpah nanti BN akan spin. BN akan ambil kesempatan untuk buat persempadanan semula.
Posted by Kedah Lanie.



0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena