Sunday 30 June 2013

Rakan Bestari Global di Dar Es Salamm, Tanzania: Najib Bagi Biasiswa Pada Warga Afrika?

Ahad, 30 Jun 2013
Gambar : Tanzania Dalam Hitam & Putih
Mount Kilimanjaro – Amazing Adventures and Climbing in Tanzania ...
Universiti M'sia tawar biasiswa kepada Afrika
Post Pic
DAR ES SALAAM (Tanzania): Dalam usaha terbaharu Malaysia membantu Afrika membina keupayaan teknologi melalui pembangunan modal insan, sebuah universiti swasta menawarkan 10 biasiswa penuh kepada setiap negara Afrika yang menyertai Dialog Perkongsian Bestari Global.

Inisiatif itu adalah sebagai tambahan kepada bantuan kerajaan Malaysia dalam bidang pendidikan di rantau ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan perkara ini semasa majlis makan malam Rakan Bestari Global di sini malam tadi bahawa Limkokwing University of Creative Technology menawarkan biasiswa itu.

Tujuh belas negara Afrika menyertai dialog itu, satu platform bagi ketua kerajaan, ketua perniagaan, ahli sains dan ahli akademik untuk berjumpa dan bertukar idea serta pengalaman berhubung kait dengan Sains, Teknologi dan Innovasi (STI) dan bagaimana ia boleh digunakan untuk membawa transformasi sosioekonomi kepada benua Afrika.

Najib berkata universiti itu mempunyai tiga kampus di Lesotho, Botswana dan Swaziland dan merancang untuk membuka satu lagi kampus baharu di Tanzania.
AntaraPos.
GEMPAR!! Najib Bagi Biasiswa Pada Warga Afrika?
Dalam usaha terbaru Malaysia membantu Afrika membina keupayaan teknologi melalui pembangunan modal insan, sebuah universiti swasta menawarkan 10 biasiswa penuh kepada setiap negara Afrika yang menyertai Dialog Perkongsian Bestari Global.

Inisiatif itu adalah sebagai tambahan kepada bantuan kerajaan Malaysia dalam bidang pendidikan di rantau ini. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan perkara ini semasa majlis makan malam Rakan Bestari Global di Dar Es Salamm, Tanzania.

Beribu-ribu tahniah...
Yang mana anak melayu yg takder duit nak belajar.. pi masuk hutan!!
Kita tak perlukan anak melayu yang malas.. miskin harapkan bantuan kerajaan!!!
Info terbaru layari IniKalilah...
-tranungkite-

Najib berlepas ke Tanzania untuk Dialog Perkongsian Bestari Global
SEPANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berlepas ke Dar Es Salam, Tanzania petang ini untuk menghadiri Dialog Perkongsian Bestari Global. 

Pesawat khas yang membawa Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor berlepas dari Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada 4 petang. 
Ruby Tanzania (SOLD) 
Turut mengiringi Najib ke Dialog itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala, dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa. 

Kehadiran Malaysia pada dialog empat hari yang bertema 'Memanfaatkan Teknologi bagi Transformasi Sosioekonomi Afrika' menunjukkan komitmen negara bagi menangani isu antarabangsa terutamanya isu penting kepada benua Afrika. 

Malah, kehadiran Najib juga akan membantu mengeratkan lagi hubungan antara Malaysia dan negara Afrika, selain meningkatkan hubungan dua hala dengan Tanzania. 

Najib akan mengetuai lebih daripada 100 anggota delegasi dalam dialog itu. 

Dialog Perkongsian Bestari Global dilancarkan pada 1995 semasa Malaysia menjadi hos Dialog Antarabangsa Langkawi (LID). 
Dialog itu adalah platform untuk perkongsian pintar termasuk ketua kerajaan, ketua perniagaan, ahli sains, ahli akademik dan ketua pelajar untuk berjumpa dan bertukar idea serta pengalaman berhubung kait dengan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dan bagaimana STI boleh digunakan untuk membawa transformasi sosioekonomi kepada benua Afrika. - BERNAMA 
Gambar Hiasan
Keindahan Gurun Tanzania di waktu senja...

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena