Friday 21 June 2013

Bahana akibat tolak Pakatan Rakyat PRU13 - Pelbagai beban sedang menanti...

Jumaat, 21 Jun 2013
PTPTN: Pakatan tawarkan ianya dihapuskan, tetapi mereka mahu juga berhutang.


Tindakan sebahagian rakyat menolak Pakatan Rakyat pada PRU13 lalu menyebabkan seluruh rakyat negara ini menanggung pelbagai bahananya sekarang. Menjelang PRU14, pelbagai beban sedang menanti. Antaranya termasuklah bayaran tol, hutang PTPTN, kenaikan tambang bas, kenaikan harga minyak dan barangan, cukai GST dan macam-macam lagi. Ikuti petikan pandangan Ketua Muslimat PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof. Ikuti temubual penuh dalam akhbar Harakah Edisi Isnin ini.
Siti Zailah Mohd Yusof
Harakah: Rakyat juga dihimpit dengan hutang PTPTN. Pakatan tawarkan ianya dihapuskan, tetapi mereka mahu juga berhutang.

Hari ini kita lihat ibu bapa sedang sibuk mempersiapkan anak-anak mereka untuk memasuki IPTA dan IPTS. Disebabkan bebanan hutang PTPTN, ramai ibu bapa yang meminta sumbangan daripada wakil-wakil rakyat lain. Rakyat sangat terbeban dengan yuran pengajian yang mahal. Berbeza jika Pakatan Rakyat yang menang sehingga dapat memerintah negara kerana Pakatan Rakyat akan memberikan pendidikan percuma. Itu adalah tanggungjawab yang besar kerajaan terhadap ibu bapa.

Kini di bawah pemerintahan BN, ibu bapa pening kepala dengan yuran pengajian anak-anak yang tinggi. Berhutang dengan PTPTN pula dikenakan interest sehingga amat membebankan para pelajar dan ibu bapa.

Apabila anak-anak keluar dari universiti, hutang PTPTN mestilah dibayar walaupun mereka belum dapat kerja. Rakyat yang miskin pasti tidak mampu menanggung bebananhutang, apatah lagi jika yang mempunyai ramai adik-beradik.

Ini menyebabkan mereka terus tercicir dalam pelajaran kerana tak mampu menanggung bebanan yuran pengajian yang tinggi dan hutang PTPTN. Kalau Pakatan Rakyat yang memerintah negara, cukup banyak ibu bapa atau rakyat dapat menjimatkan wang mereka.

Kini ada ura-ura, pada musim perayaan Aidilfitri nanti, tambang bas akan dinaikkan sebanyak 10 peratus.

Tak sampai dua bulan BN menang PRU13, sudah macam-macam beban kenaikan barangan diterima oleh rakyat.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena