Tuesday 18 June 2013

'Orang baik Melayu' dan 'orang baik Cina' perlu bersatu menentang orang jahat Melayu dan orang jahat Cina. ITU BARULAH BETUL.

Selasa, 18 Jun 2013
Zahid meletakkan tangan kirinya diatas bahu kiri YB Lim Kit Siang sambil berjalan seiring
Rakaman gambar Naib Presiden Kanan UMNO merangkap Menteri Dalam Negeri Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika melakukan kunjungan rasmi ke lokasi tragedi penabat kilat Menara UMNO Pulau Pinang Jalan Macalister, George Town, Pulau Pinang runtuh yang telah mengakibatkan kematian 3 orang.

Zahid meletakkan tangan kirinya diatas bahu kiri YB Lim Kit Siang sambil berjalan seiring dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng petang tadi.

Ia  besar kemungkinan akan mengundang kemarahan para penyokong UMNO yang totok termasuklah ahli Perkasa yang cukup terkenal sebagai amat bencikan DAP dan Lim Kit Siang.

Umum sudah pun sedia maklum.. para blogger pro UMNO cukup meluat habis dengan YB Lim Kit Siang ni sebagai pemimpin ulung DAP.

Klik untuk baca laporan penuh blogger ini.
Hakikatnya Siapakah Yang Menindas Bangsa Melayu, Cina DAP??
Isu orang Cina bersatu mahu tumbangkan Melayu, hanya merugikan orang Malaysia. 

Kita selalu kata, orang Korea, Jepun berjaya sebab mereka cuma ada satu bangsa sahaja, iaitu bangsa Korea dan Jepun, jadi mudah bagi mereka membangunkan negara. 

Pointnya sudah ada, '1 bangsa' bagi membangunkan negara, tetapi sampai sekarang masih ada lagi slogan 'Melayu perlu bersatu'. Sepatutnya, slogan yang dilaungkan, 'Melayu bersatu dengan Cina dan India', barulah boleh jadi 'satu bangsa'.

Ok, katakanlah, DAP itu Cina dan mahu memerintah seperti kes Singapura dahulu. Mengapa ia terjadi? Adakah waktu itu Melayu tidak bersatu dan lemah, lalu tunduk kepada LKY? 

Melayu pada waktu itu kuat bukan main, bersatu lagi tetapi Singapura tetap pergi. Antara sebabnya, orang Melayu kata Cina mahu memerintah dan menindas, Cina pula kata, orang Melayu kalau perintah mereka ditindas. 

AKhirnya semua orang berasa mahu ditindas. Hakikatnya, yang menindas bukan orang Cina, dan bukan orang Melayu, tetapi 'orang jahat'. 

Orang jahat ini, semua bangsa ada. Ada orang jahat Cina, ada orang jahat Melayu.

Selagi mana kita bersatu hanya berdasarkan 'bangsa', selagi itulah kita senyap2 membenarkan 'orang jahat' terus menindas. 

Orang baik Melayu dan orang baik Cina perlu bersatu menentang orang jahat Melayu dan orang jahat Cina. Itu barulah betul.

Berkenaan PRU 13, analisisnya, DAP banyak menang sebab Cina bersatu undi Cina. Kalau begitu, sepatutnya Rafizi kalah, sebab lawan dengan calon Cina. Ini tidak, boleh menang besar lagi.

Sekiranya dilihat, yang DAP ini banyak menang di kawasan bandar. Kawasan orang Cina yang terdedah pemikirannya dengan pelbagai maklumat. Maklumat dari internet dan sebagainya.

Orang Cina boleh dikatakan adalah kaum yang paling celik berkenaan 'perlembagaan', berbanding orang Melayu.

Mereka faham, 'kerajaan' dan 'parti politik' itu berbeza. Mereka faham, 'kewajiban' sebuah kerajaan. Jadi, gula2 mengatakan, 'kerajaan BN sudah memperuntukkan sekian2 juta kepada orang Cina', tidak berkesan sebab mereka faham yang, itu memang kewajipan 'kerajaan'.

Ibaratnya, kita bayar buruh buat rumah kita. Jadi memang kewajipan buruh tadi bina rumah, siap ada tangga, tingkap, pintu. Takkanlah, buruh yang kita bayar tadi boleh kata, 'Tuan perlu membalas budi saya, sebab saya sudah buat pintu rumah Tuan'.

Lainlah kalau buruh tadi buat lagi jalan dan taman di hadapan rumah. 

Jadi apa sebenarnya yang perlu kita takutkan sekarang? Yang kita perlu takutkan, adalah 'isu perkauman', yang senyap2 ditiup.

Isu perkauman bermula dengan kata, 'orang Cina pijak kepala orang Melayu'. Hakikatnya, 'orang jahat Melayu Cina', yang pijak kepala rakyat. Perlu dibezakan di situ.

Kesimpulannya, orang Melayu Umno dan PAS, sekiranya bersatu teguh bercerai roboh sekalipun, tetap Malaysia tetap tidak ke mana, tetap akan hilang tanah, sekiranya tidak mula 'bersatu' dengan kaum lain di Malaysia.

Adakah ini terlalu idealistik? Sekiranya kita kita ia tidak realistik, jadi bagaimana dengan saranan agama yang menyuruh kita berbaik-baik dengan kaum lain? Adakah agama juga sudah terlalu idealistik?

Umno: Tanyalah Anwar isu Menara Umno PP
Pengerusi Umno Pulau Pinang Zainal Abidin Osman berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan orang paling layak untuk menjawab soalan berkaitan Menara Umno negeri yang didakwa dibina sebelum pelannya dihantar.

Zainal berkata, Anwar ketika itu timbalan perdana menteri dan pengerusi Umno Pulau Pinang dan mereka tidak mempunyai sebarang jawatan pada masa itu.

"Dia tahu segala-galanya," kata Zainal dalam sidang media hari ini.

Anggota Parlimen Tanjung Ng Wei Aik semalam mempersoalkan kerajaan Pulau Pinang pimpinan Gerakan sebelum ini yang didakwa membenarkan pembinaan Menara Umno sebelum pelannya dihantar atau diterima.

Ng mendakwa, kerajaan tempatan pada 23 Disember 1995 mengeluarkan permit khas kerja kepada kontraktor bangunan, dua tahun sebelum pelan pertama dihantar pada 31 Julai 1997 dan pelan pengubahsuaian pada 24 Julai 1998.

Pada 1 Oktober 1996, timbalan ketua Menteri pada masa itu Shariff Omar melawat bangunan itu dan "merestui" pembinaannya walaupun pelan bangunan belum dihantar, dakwa Ng.

Komenter

Abu Abup ·  Pengulas Tertinggi · Orang melayu perlu hapuskan Umno - Tunku Abdul Rahman
Bodonya Umno. Kalau Anwar TPM masa tu, apasal tak tanya Madey yang PM masa tu. Tanya juga kat Madey apasal Kedah tak semaju Penang walaupun jiran dekat, dia PM dulu. Patut KM penang masa tu yang bertanggungjawab sebab sepatutnya negeri bawah pemerintahan dia. Apasal Umno munafik tak cakap sahaja kejadian ini adalah qada dan patut diterima saja oleh semua. UmnoBN adalah satu penghinaan kepada rakyat Malaysia. Aku dan pasti ramai lagi malu dgn parti pemerintah sebodoh ini.
Balas · 31 ·  · 49 minit yang lalu

Adib Adam ·  Pengulas Tertinggi · Universiti Teknologi MARA · 105 orang pelanggan
ini semua salah anwar.. hahaha
Balas · 4 ·  · 41 minit yang lalu

Izzuddin Abdul Hamed ·  Pengulas Tertinggi · Universiti Sains Malaysia
Oi jenal, bini muda sihat? Kah kah...
Balas · 2 ·  · 28 minit yang lalu

Chottii Bashar ·  Pengulas Tertinggi
anwar kini mempunyai kuasa mutant baru, iaitu mencipta ribut taufan..kepala bana ape si pejuang2 mamak2 umno penang ni
Balas ·  · 5 minit yang lalu

Raja Mohd Shahrim ·  Pengulas Tertinggi · 3,913 orang pelanggan
Ni kelebihan UMNO...mereka pantas menuding jari...malah menyalahkan apa saja atas kebodohan, kesilapan dan kelemahan mereka..bukan saja Anwar malah tuhan pun dikaitkan oleh UMNO sebagai punca berlaku masalah... yg penting UMNO tak salah... sejahat Yahudi.. UMNO 1 trillion kali jahat..!!!
Balas · 11 ·  · 21 minit yang lalu

Alan Ng Way Kiat · Bekerja di Court In Justice
jawapannya ini salah anwar ibrahim
Balas · 2 ·  · 20 minit yang lalu

Rajaretinam Armuggan ·  Pengulas Tertinggi · Counsultant di Educare Academy · 103 orang pelanggan
jawapan nya Mamak Mahathir...mamt itu ler PM ketika itu....hahahaha nah ambek kau....!!!
Balas · 1 ·  · 19 minit yang lalu

Nazmi Nooh ·  Pengulas Tertinggi · Royal College of Medicine Perak
balik2 kena kt PR balik...umno xde salah 1 pn.semua btol
Balas ·  · 18 minit yang lalu
Lihat 1 lagi

Ipoh Mali ·  Pengulas Tertinggi
WTC Runtuh taknak Salahkan Anwar ker ??
Balas · 5 ·  · 33 minit yang lalu

Ahmad Shapii ·  Pengulas Tertinggi
Awat hang merepek ni? Nak tutup kerakusan Anwar?
Balas ·  · 21 minit yang lalu

Javabeserk Tulin ·  Pengulas Tertinggi
Ahmad Shapii yg merepek tu lembu2 kak ijat.tak pikir pnjang bila bg stattement. tak dak lain nk pikir selain nk soru duit rakyat and seks aje..ahak2
Balas ·  · 13 minit yang lalu

Lim Mei Ren ·  Pengulas Tertinggi · UKM, Malaysia
main bola sekarang...kita tengok je lah ya!!
Balas · 4 ·  · 59 minit yang lalu

David Pau · Kuala Lumpur, Malaysia
kalau Malaysia boleh main bola sehebat UMNO, pasti Malaysia boleh tanding dekat brazil world cup nanti. najid jadi manager, Muhidin jadi goalkeeper, Zahid jadi main striker. Rosmah jadi cheerleader. boleh??
Balas · 3 ·  · 23 minit yang lalu
Lihat 22 lagi

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena