Friday 14 June 2013

60 petisyen Pakatan Rakyat dan BN: Mencabar kredibiliti kepimpinan SPR

Jumaat, 14 Jun 2013
60 petisyen cukup jelaskan p'raya tidak telus
KUALA LUMPUR: Jumlah 60 petisyen yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak iaitu Pakatan Rakyat dan BN cukup untuk membuktikan bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu dicabar dari sudut ketelusannya.

Ianya juga sekaligus mencabar kredibiliti kepimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengendalikan pilihan raya baru-baru ini.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, biarpun sukar untuk mendapat kemenangan dari petisyen yang telah dikemukakan, namun tindakan itu bagi PAS sekurang-kurangnya mahu menunjukkan bahawa pilihan raya lalu itu banyak kepincangan.

"Petisyen ini bukan satu perkara yang mudah untuk kita menang. Sebab itu saya tidak mahu membuat andaian melalui petisyen ini boleh berubah kerajaan. 

"Petisyen ini, dalam sejarahnya sehingga kini tidak mudah untuk PAS menangi petisyen. Proses petisyen ini kita kemukakan paling kurang pun nak tunjukkan berlakunya rasuah, dan tidak telus dalam pilihan raya lalu. 

"PAS ingin menunjukkan perjalanan pilihan raya ini tidak telus dan tidak adil. Sekurang-kurangnya PAS boleh buktikan itu walaupun mungkin kita tidak menang dalam satu-satu kes," katanya dalam satu temubual dengan Harakah.

Untuk rekod, sehingga tempoh petisyen yang berakhir kelmarin, sebayak 60 petisyen telah dikemukakan.

Dari jumlah itu, 39 adalah dikemukakan oleh Pakatan Rakyat manakala 21 oleh BN.

Daripada jumlah 39 yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat itu pula, PAS mengemukakan 16 petisyen masing-masing empat parlimen dan 12 Dewan Undangan Negeri (Dun).

Mengulas tindakan BN yang turut mengemukakan petisyen, Mustafa berkata ianya sekaligus menunjukkan ada yang tidak betul dalam pengendalian pilihan raya oleh SPR.

"Ini juga menunjukkan banyak benda yang tidak betul dalam SPR ini sehingga menyebabkan banyak petisyen difailkan. 

"Apabila BN juga mengemukakan bukti, mungkin mereka juga mahu menunjukkan rasa tidak berpuas hati," katnya lagi.

Sehubungan itu katanya, maka sudah sampai masanya SPR secara keseluruhanya dirombak dengan diganti oleh kepimpinan baru yang lebih berintegriti dan diyakini oleh parti-parti politik yang bertanding.

Dalam keadaan sekarang ini jelasnya, pihak Pakatan Rakyat dan juga BN nampaknya sudah tidak lagi percaya dengan integriti SPR dan ianya boleh dilihat dengan jumlah petisyen yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak.

"Tuntutan Pakatan Rakyat agar pengendali SPR iaitu Pengerusi dan Timbalan Pengreusinya serta jawatankuasa SPR yang lain mesti meletak jawatan dan digantikan dengan individu yang baru, yang lebih berintegriti. 

"Selama SPR tidak dibuat pembaharuan, kita akan terus menghadapi masalah. Ini bermakna SPR mesti dirombak dan diberi wajah baru," katanya.

[Temubual penuh dalam Harakah edisi Isnin 17 Jun ini]
Harakahdaily.

Umno pun tak percayakan SPR
Keputusan Barisan Nasional (BN) memfailkan 21 petisyen keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) membuktikan bahawa kritikan Pakatan Rakyat terhadap SPR ada asasnya. Jadi, benarlah bahawa dakwaan PR tentang pelbagai kelemahan SPR dalam mengendalikan PRU13 yang lalu.

Bagi saya, tindakan Umno-BN ini secara tidak langsung mengiakan kritikan PR terhadap SPR. Oleh hal yang demikian, wajarlah mereka yang menerajui SPR meletak jawatan kerana gagal memastikan pilihan raya kali ini diadakan dalam keadaan yang baik.

Secara umumnya, memanglah sukar untuk memuaskan hati semua pihak. Sudah tentu pihak yang kalah akan berasa tidak puas hati. Namun, dalam PRU13 ini, bukan sahaja pihak yang kalah berasa tertipu malah pihak yang menang pun tidak puas hati dengan sikap dan tindakan “pengadil”.

Namun, saya tidak pasti adakah 21 petisyen BN ini hanya sandiwara atau betul-betul serius. Hal ini kerana merekalah yang bertanggungjawab mencadangkan pelantikan ahli-ahli SPR. Mungkin agak pelik kerana BN meragui orang yang mereka sendiri lantik. Oleh itu, BN sendiri wajar mencadangkan anggota-anggota ini dugugurkan dan melantik orang lain pula.

Cuma diharapkan, pelantikan akan datang biarlah disertakan wakil daripada Pakatan rakyat juga. Supaya kedua-dua pihak yakni BN dan PR tidak dapat membangkitkan kredibiliti SPR kerana masing-masing ada wakil di dalamnya.
Harakahdaily.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena