Tuesday 18 June 2013

Australia Lynas Corp cadang tarik balik saman terhadap kumpulan 'Save Malaysia, Stop Lynas' (SMSL)

Selasa, 18 Jun 2013
Lynas Corp cadang tarik balik saman terhadap 'Save Malaysia, Stop Lynas' (SMSL)
Syarikat pengeluar nadir bumi Australia Lynas Corp bercadang menarik balik saman fitnahnya terhadap kumpuan 'Save Malaysia, Stop Lynas' (SMSL).
    
Lynas memulakan prosiding undang-undang terhadap SMSL pada April tahun lepas.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Eric Noyrez berkata keputusan itu dibuat setelah melihat tiada nilai untuk meneruskan pertikaian dengan masyarakat tempatan.
    
"Ia bukan lagi kes untuk menjadi yang betul, atau membuktikan bahawa loji itu selamat.
  
"Dalam membuat keputusan secara sedar dan sukarela untuk menggugurkan saman fitnah ini, kami berpendapat kini adalah masa untuk terus bergerak. Kami mahu terus melibatkan masyarakat dan menunjukkan bahawa Lynas baik untuk Malaysia," katanya kepada Bernama.
  
Noyrez berkata sejak permulaan operasi di Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Kuantan pada November tahun lepas, kadar pelepasan yang diukur di lokasi, secara konsisten telah jauh lebih rendah daripada had yang dinyatakan dalam Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dan Penilaian Kesan Radiologi (RIA).
    
"Keputusan pemantauan pelepasan sebenar dipaparkan di lamanweb kami, dan juga boleh didapati di lamanweb Jabatan Alam Sekitar
(JAS) dan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB).
  
"Ini untuk membuktikan produk dan proses kami adalah selamat untuk orang ramai dan alam sekitar," katanya.
- Bernama


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena