Friday 21 June 2013

Polis setuju kerjasama, dakwa PKR & Polis pulak dakwa penganjur 'Black 505' mahu lihat pertempuran

Jumaat, 21 jun 2013
Secara tidak rasmi bahawa pihak polis akan membantu memudahkan penganjuran perhimpunan. 

PKR, penganjur utama perhimpunan 'Black 505' mendakwa pihaknya telah dimaklumkan secara tidak rasmi bahawa pihak polis akan membantu memudahkan penganjuran perhimpunan di Padang Merbok esok.

Dalam kenyataannya, pengarah strategi PKR Rafizi Ramli yang juga ahli parlimen Pandan mendakwa tindakan itu dibuat selagi peserta perhimpunan tidak memusnahkan harta awam.

"Saya merakamkan sepenuh penghargaan terutamanya kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad yang banyak membantu, termasuk kesudian beliau untuk duduk berbincang dengan saya dan rakan-rakan Pakatan Rakyat (walaupun terpaksa dibatalkan akhirnya)," kata Rafizi.
Bagaimanapun, ketika dihubungi sebelum ini bagi mengesahkan satu laporan berita berhubung perkara yang sama, Zainuddin hanya menyebut mengenai tindakan yang akan diambil mengikut Akta Perhimpunan Aman.

"Polis akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka kerana tidak mematuhi undang-undang APA (Akta Perhimpunan Aman). Lain-lain, tiada komen. Terima kasih," katanya melalui SMS.Mk.

Polis dakwa penganjur 'Black 505' mahu lihat pertempuran
Polis Kuala Lumpur dalam satu kenyataan lewat petang ini mendakwa menerima maklumat tentang cubaan peserta himpunan 'Blackout 505 esok' untuk menimbulkan provokasi terhadap pihak berkuasa.
Ketua pasukan itu Datuk Mohmad Salleh berkata polis mendakwa menerima maklumat peserta di tujuh lokasi himpunan akan "menimbulkan kemarahan polis", dan "mencetuskan huru-hara sekitar Kuala Lumpur".

"Suasana tersebut akan sengaja disebar ke seluruh pelusuk dunia melalui medium komunikasi masa kini bagi menunjukkan kekerasan pihak berkuasa.
"Justeru itu, pihak polis menasihati orang ramai agar tidak menyertai himpunan ini kerana ia jelas menunjukkan pihak penganjur sengaja ingin melihat pertempuran berlaku di antara pihak berkuasa dan orang ramai," kata polis dalam kenyataan mereka.

Perhimpunan esok untuk memprotes perjalanan pilihan raya lalu antara lain menuntut pimpinan tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar meletak jawatan dan pilihan raya diadakan semula di beberapa tempat dengan keputusan meragukan.
Dalam kenyataan sama, polis turut mengulangi kenyataan mereka sebelum ini yang tindakan tegas akan diambil terhadap himpunan itu yang didakwa melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Polis juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang tegas ke atas sesiapa sahaja yang melanggar akta itu dan sebarang undang-undang yang termaktub di negara ini," kenyataan itu dipetik.

Kenyataan itu berlawanan dengan dakwaan PKR, penganjur utama perhimpunan 'Black 505' bahawa parti itu telah dimaklumkan secara tidak rasmi bahawa pihak polis akan membantu memudahkan penganjuran perhimpunan di Padang Merbok esok. 
Dalam kenyataannya, pengarah strategi PKR Rafizi Ramli yang juga ahli parlimen Pandan mendakwa tindakan itu dibuat selagi peserta perhimpunan tidak memusnahkan harta awam.

Dalam reaksi segeranya malam ini, Rafizi berkata beliau terkejut dengan kenyataan Mohmad itu dan menafikan sekeras-kerasnya tuduhan kononnya penganjur mengeluarkan arahan untuk melakukan provokasi terhadap anggota polis dengan tujuan mencetuskan rusuhan.

"Tidak ada satu perbincangan pun yang menyentuh mengenai kekasaran terhadap pasukan polis, malah saya berhubung dengan baik dengan Ketua Polis Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad sepanjang penganjuran ini," katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, Rafizi berkata beliau telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohmad kerana kenyataannya itu berbau fitnah dan tidak benar.Mk.


Rekod himpunan Black 505 di seluruh negara aman

Harakahdaily, 21 Jun 2013
KUALA LUMPUR: PAS memandang serius cubaan pemimpin Umno BN yang mengaitkan himpunan Black 505 yang dijadual berlangsung di Padang Merbok esok dengan tindakan mahu mencetuskan huru-hara.

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata, beberapa siri himpunan tersebut yang telah diadakan di seluruh negara sebelum ini tiada satu pun yang berlaku huru-hara malah ianya berlangsung dalam suasana aman.
"Jika himpunan itu mahu membuat huru-hara, saya kira himpunan yang pertama selepas pilihan raya pada 8 Mei di Kelana Jaya itu sudah boleh berlaku (huru-hara) kerana ratusan ribu yang hadir itu perasaan mereka tengah 'panas' dengan keputusan PRU13 (Pilihan Raya Umum ke-13).

"Tetapi apa yang kita lihat, rakyat berhimpun secara aman dan bukan mahu mencetuskan huru-hara," katanya ketika menerima kunjungan Harakahdaily di kediaman beliau semalam.


Ianya juga sebagai mengulas kenyataan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Salleh Mat Rasid yang mengatakan pihak Polis Diraja Malaysia akan meminta bantuan askar jika tidak terkawal.

Husam yang juga Adun Salor berkata, PAS sebelum ini juga bersama dalam himpunan Bersih pertama hingga ketiga dan juga Himpunan Kebangkitan Rakyat yang tuntutannya adalah sama iaitu mendesak reformasi sistem pilihan raya agar ianya berjalan dengan bersih dan adil.
Menurutnya, PRU13 lalu secara jelas telah menunjukkan betapa sistem pilihan raya yang dikendali oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) begitu pincang dan sarat dengan penipuan.

"Adakah kita nak duduk diam? Jawabnya kita kena buat bantahan, tak kira atas apa nama sekalipun.

"Ada yang kata kita tunggu PRU14 lah. Bila ditipu lagi kita tunggu PRU15 lah dan begitulah seterusnya.

"Saya ingatkan bahawa Islam ajar kita, jika kita melihat kemungkaran, kita kena cegah, dengan tangan atau lisan atau dengan hati, jangan dibiar kemungkaran itu terus berlaku," kata beliau lagi.
Dalam pada itu beliau menyeru semua pimpinan Pakatan Rakyat termasuk PAS untuk turun dalam himpunan ini esok sebagaqi tanda kebersamaan bersama rakyat rata-ratanya golongan anak muda.

"Mereka (rakyat) kecewa kerana kita tewas dengan penipuan. Bila mereka kecewa kerana kita ditipu, mereka bangkit menyatakan bantahan.

"Tiba-tiba kita tak rasa kecewa, pelik la," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena