Thursday 20 June 2013

PAS Perak kerah ahli turun Black 505 Sabtu ini - PAK MENTERI TAKUT BINI...

Khamis, 20 Jun 2013
PAK MENTERI TAKUT BINI

Penipuan yang berlaku di Perak sudah cukup menjadikan alasan untuk rakyat bangkit. 

Pasukan Berkuda DBKL

IPOH: PAS Perak akan mengerahkan seluruh ahli turun seramai mungkin ke Himpunan Black 505 di Kuala Lumpur pada 22 Jun ini.

“Seluruh rakyat di Perak terutama ahli PAS diarah turun beramai-ramai, arahan telah dikeluarkan oleh pimpinan PAS Pusat," tegas Pesuruhjayanya, Ustaz Abu Bakar Hussien.

Abu Bakar berkata, PAS Perak sentiasa menyokong gerakan rakyat untuk memperjuangkan hak mereka yang dirampas dan dicabuli oleh BN bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Beliau berkata, PAS Perak bersama dengan rakyat seluruh Malaysia menolak serta mengutuk penipuan yang berlaku dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu.
“Himpunan ini adalah medan untuk kita menyatakan rasa tidak puas hati akan sistem pilihan raya di negara ini yang tidak benar-benar adil serta bersih,” katanya kepada Harakahdaily.

Mengulas lanjut, Adun Titi Serong itu menjelaskan, PAS melahirkan keyakinan perhimpunan tersebut akan berlangsung dengan aman dan ianya adalah satu hak rakyat melalui sistem demokrasi.

Jelas beliau, himpunan seperti itu sangat penting untuk memberi isyarakat kepada BN yang selesa dengan kemenangan berasaskan penipuan.

Kata beliau, Pakatan Rakyat Perak gagal untuk membentuk kembali kerajaan apabila kurang 3 kerusi walaupun gabungan tiga mendapat undi popular dengan memperoleh 54.79 peratus sokongan daripada rakyat di negeri ini.

“Perjalanan pilihan raya lalu ternyata tidak bersih dan adil dengan pelbagai perkara yang berlaku antaranya pengundian dua kali, dakwat kekal yang tidak kekal dan sebagainya.

“Jika (pilihanraya) berjalan dengan adil sudah pasti Pakatan Rakyat akan berjaya mengambil alih kembali kerajaan Perak dan PAS akan menang lebih banyak kerusi di negeri Perak,” jelas beliau.

Tegas beliau, penipuan yang berlaku di Perak sudah cukup menjadikan alasan untuk rakyat bangkit untuk menyuarakan bantahan secara lebih besar di Kuala Lumpur.
Harakahdaily.
azlan

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena