Saturday 15 June 2013

Countdown Blackout 505 IPOH 17 Jun di MERU RAYA - Perak Dah 3 Kali Berhimpun 505...

Ahad, 16 Jun 2013
NGO Anjur Jelajah Countdown, Flash Mob Besar-besaran Sebelum #Blackout505
17 Jun - Padang Awam, Halaman Meru Permai, Meru Raya 

Gambar: open space for recreational activities. there are also night market &  many food stalls around this open space.
KUALA LUMPUR, 13 JUN: Gabungan lebih 50 badan bukan kerajaan (NGO) akan menganjurkan program “countdown” (mengira detik) sebelum berlangsungnya perhimpunan aman #Blackout505 yang akan diadakan di Kuala Lumpur, 22 Jun nanti.

Program tersebut dimulakan dengan aksi ‘flash mob’ yang melibatkan rakyat dari pelbagai kaum dan latar belakang di sepanjang jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur bermula jam 2.00 petang Sabtu ini.

Pada 17 Jun pula, program Pidato Perdana akan diadakan dengan melibatkan beberapa pemimpin NGO dan aktivis mahasiswa bertempat di Padang Awam, Halaman Meru Permai, Meru Raya, Ipoh.

Program countdown itu diteruskan pada 18 Jun di Dataran Tonggak 10, Sg Besar, Selangor dengan satu lagi program Pidato Perdana.

‘Flash mob’ kembali beraksi bagi fasa ke dua bertempat di Jalan Tun Perak, berhampiran Pudu Raya bermula jam 6.00 petang pada 19 Jun.

Pada 20 Jun pula, Pidato Perdana kembali mengambil tempat pada 20 Jun bertempat di Taman Muhibbah, Temerloh Pahang.

Manakala acara ‘Malam Kemuncak Kira Detik’ pula akan diadakan di Dewan Perhimpunan Cina.
Sementara itu, mengulas Perhimpunan Blackout505 pada Jun 22 nanti, Badrul Hisham menjangkakan perhimpunan tersebut akan mengumpulkan lebih 200,000 perserta perhimpunan.
SelangorKini
Lokasi Meru Raya
Meru Raya bandar siber pertama
Bangunan Perak Techno Trade Centre 
Meru Raya
OUM Perak
Mydin Meru Raya Ipoh Perak
TERMINAL AMANJAYA MERU RAYA

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena