Monday 17 June 2013

Apasal sedeh! Sendiri buat...

Isnin, 17 Jun 2013
ISU DAKWAT KEKAL
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusuf mengakui beliau kecewa dan sedih berhubung penggunaan dakwat kekal yang boleh dibersihkan dengan mudah dalam pilihan raya umum ke-13. 
NONE
"Kalau orang tanya saya sekarang ini, apakah perkara yang paling menyedihkan dalam hidup saya, saya akan jawab dakwat kekal," katanya dalam tembual eksklusif dengan Sinar Harian yang disiarkan hari ini. 

Bagaimanapun, Abdul Aziz berkata, isu dakwat kekal itu tidak boleh digunakan untuk menuduh SPR membenarkan pengundi mengundi lebih daripada sekali atau melakukan penipuan dalam pilihan raya umum.

Abdul Aziz mendakwa kaedah itu - yang disyorkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) - itu telah diuji beberapa kali sebelum dilaksanakan pada 5 Mei lalu. 
"Tetapi pada hari yang ditunggu-tunggu kuasa Allah lebih hebat apabila dakwat boleh hilang selepas beberapa kali dicuci, di mana silapnya? 

"Memang sedih tapi kita tidak berdiam diri. Kita tubuhkan pasukan khas, yang dipengerusikan Datuk Christopher Wan Soo Kee dibantu dua ahli panel lain iaitu Datuk Md Yusop Mansor dan Abdul Aziz Khalidin," katanya seperti dipetik akhbar harian itu. 
Menurut Abdul Aziz berkata pasukan khas itu akan mengkaji di mana silapnya dakwat kekal itu dalam tempoh sebulan termasuk ramuan, cara penggunaan, cara pengangkutan, cara penyimpanan, adakah simpan di dalam lokap memungkinkan udara yang panas boleh menjejaskan dakwat tersebut. 

Abdul Aziz juga berkata beliau menemui seorang pengeluar dakwat kekal dari Kanada dan beliau diberitahu bahawa dakwat yang digunakan di Afrika hanya boleh tanggal sekiranya kulit ditanggalkan atau kuku berganti baru hilang warnanya. 


Kenyataan Pengerusi SPR mengenai Dakwat kekal tahan tujuh hari
“Mustahil, saya tidak percaya dakwat kekal itu boleh ditanggalkan... gunalah minyak atau bahan apa pun, ia tidak boleh ditanggarl kerana ia dibuat daripada nitrat perak.

“Bila dakwat itu diletak pada kuku, ia akan meresap ke dalam kulit,” kata Abdul Aziz.
Walaupun kesan pada kuku itu boleh hilang jika dibasuh atau dengan menggunakan minyak, Abdul Aziz menegaskan kesannya pada kulit masih lagi boleh dilihat dan pengundi tidak akan dapat menipu untuk mengundi sebanyak dua kali seperti yang didakwa sebelum ini.

“Kalau dia guna minyak atau basuh pun, kesannya pada kulit masih ada... pegawai bertugas boleh melihat dan menghalang daripada pengundi tersebut mengundi sebanyak dua kali,” terang Abdul Aziz lagi.
Abdul Aziz berkata dakwat kekal tidak akan hilang selama tujuh hari bagi mereka yang mengundi awal, serta menggesa sekiranya pihak tersebut mempunyai bukti supaya tampil ke hadapan dan buktikan dakwaan tentang penggunaan petrol untuk menanggalkan dakwat tersebut.
“Tak boleh tipu mengundi dua kali, dakwat kekal yang pengundi awal gunakan tidak akan hilang dalam masa tujuh hari.

“Kalau mereka ada bukti, saya harap tampillah buat aduan kepada SPR,” katanya lagi. 



0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena