Friday 21 June 2013

Ketua DPPM dan AJK akan bersama di Himpunan Blackout505 @ Himpunan Aman 505 esok..!!

Jumaat, 21 Jun 2013
DPPM turun menyatakan semangat kebersamaan... 
Berpaksikan kaedah "Muwaajahah Silmiyah" iaitu "Penentangan secara Aman"


Himpunan Aman 505

1. Saya, Timbalan Ketua DPPM Yb Ustaz Nik Mohd Abduh dan Naib Ketua DPPM Dr. Raja Ahmad Iskandar serta EXCO DPPM, insyaallah akan bersama turun menyertai Himpunan 505 yang berlangsung esok di Padang Merbok KL dari jam [ 2.00 petang dan berakhir 6.00 petang ]

2. Komitmen kami dari DPPM ialah bersama pihak penganjur dari Sekretariat Pakatan Rakyat menjayakan Himpunan Aman untuk membantah penipuan dan penyelewengan PRU serta mendesak agar Pengarah SPR meletakkan jawatannya.

3. Kami menolak malah mengecam sebarang usaha provokasi atau sabotaj dari mana - mana pihak yang cuba manipulasi keadaan lalu memesong serta menggagalkan matlamat, objektif dan hala tuju murni Himpunan Aman 505.


4. Kami seluruh warga DPPM turun menyatakan semangat kebersamaan dan solidariti kami bersama semua pihak yang terdiri dari parti - parti politik, ngo's dan orang perorangan yang menentang penyelewengan berpaksikan kaedah "Muwaajahah Silmiyah" iaitu "Penentangan secara Aman". Justeru itu Himpunan 505 ini berdiri atas konsep Himpunan Aman menepati hak yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Negara.

5. Pihak kerajaan selayak dan sewajarnya mendengar suara rakyat jika mahu masa depan mereka terus relevan di mata rakyat. Jangan pukul dan tangkap rakyat sendiri. Jangan cetuskan provokasi sebagaimana saya juga nasihatkan semua peserta himpunan agar jangan sekali - kali layan dan menimbulkan provokasi. Sabar, tenang dan fokus pada matlamat serta objektif himpunan.

Nasrudin bin Hassan
Ketua DPPM

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena