Saturday 15 June 2013

Menara Umno: Polis sahkan serpihan sepadan kereta milik penjual nasi..

Ahad, 16 Jun 2013
"Setakat ini, hanya serpihan seperti tayar, enjin dan bahagian depan kereta ditemui" - Ketua Polis Pulau Pinang
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi mengesahkan nombor casis kereta yang ditemui di kawasan runtuhan penebat kilat di Jalan Macalister sepadan dengan kereta milik penjual nasi, Lim Chin Aik.
  
Beliau berkata penemuan itu sekaligus merungkai laporan kehilangan seorang lelaki berusia 44 tahun sejak hari kejadian iaitu pada Khamis lepas.
  
"Polis buka kertas siasatan berdasarkan laporan orang hilang. Berdasarkan laporan yang dibuat isteri mangsa sehari selepas kejadian, kami dapati butiran yang diberikan sepadan dengan bukti-bukti yang ditemui," katanya kepada pemberita di lokasi malam tadi.

Isteri Lim, Lee Chai Song, 48, membuat laporan berhubung kehilangan suaminya pukul 3 petang semalam.
  
Lee berkata suaminya yang memandu kereta jenis Honda City berwarna kelabu keluar mengambil anak perempuan bongsu mereka dari Penang Chinese Girl's High School di Jalan Gottlieb kira-kira pukul 6.30 petang, Khamis lepas.

Abdul Rahim berkata mayat mangsa masih belum ditemui dan pasukan mencari dan menyelamat sedang bertungkus lumus menggali runtuhan.
  
Beliau berkata setakat ini, hanya serpihan seperti tayar, enjin dan bahagian depan kereta ditemui.
  
Tinjauan di lokasi kejadian mendapati kerja-kerja mencari mangsa yang dipercayai tertimbus menjadi sukar berikutan struktur tanah termendap selain lubang sedalam lima meter dilimpahi air akibat paip bawah tanah pecah akibat runtuhan itu.
  
Pada jam 6.15 petang tadi, pasukan petugas kerja-kerja pembersihan di kawasan runtuhan menjumpai serpihan sebuah lagi kereta yang dipercayai tertimbus dalam lumpur.
  
Anggota Exco Kerajaan Negeri Phee Boon Poh berkata beliau dimaklumkan serpihan itu dipercayai sebahagian kereta milik seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak hari kejadian.
  
Bagaimanapun, setakat ini tiada mangsa yang terperangkap ditemui dan penemuan terbaharu itu menjadikan jumlah kereta yang disahkan terhempap dalam kejadian runtuhan penebat kilat Khamis lepas ialah lapan buah.
- Bernama
Misteri 3 kubur lama di Menara Umno Pulau Pinang
Ribut: Usaha mencari lelaki hilang diteruskan
Sehingga jam 3 pagi ini, pasukan penyelamat belum dapat mengesan mayat Lim Chin Aik, yang dipercayai terperangkap di bawah lubang sedalam lima meter akibat dihempap penebat kilat yang jatuh dari atas bangunan ibupejabat Umno Pulau Pinang di Jalan Macalister Khamis lalu.

NONE
Pasukan itu berharap dapat menemui mayat mangsa, selepas bahagian-bahagian kereta, yang disahkan sebagai kereta Honda City milik Chin Aik - nombor casis, tayar, enjin dan bumper - ditemui di dalam lubang tersebut yang dipenuhi lumpur dan air dari paip kumbahan bawah tanah yang pecah.
Anggota bomba dan penyelamat, petugas Perbadanan Air Pulau Pinang (PBA) dan Indah Water Konsortium turut dipanggil untuk membantu membersihkan sisa dan menggali mayat lelaki berusia 44 tahun itu.

Dua kren digunakan untuk menggali lebih dalam dan pada masa yang sama, - air kumbahan terus membanjiri lubang lima meter, dan melambat kerja-kerja tersebut.
NONE



Sejak pukul 6 petang semalam, keluarga Chin Aik - isterinya, Lee Chai Song, dan ibu bapanya - menunggu di tempat tersebut dengan harapan mayat mangsa akan ditemui.

Pada jam 10.30 malam, Ketua Menteri Lim Guan Eng datang ke situ dan bertemu dengan keluarga Chin Aik untuk memujuk mereka supaya pulang dahulu dan menyerahkan tugas mencari mayat Chin Aik kepada anggota pasukan penyelamat.

Lim berkata keluarga tersebut bimbang sekiranya mereka meninggalkan kawasan itu, kerja-kerja mengesan mayat Chin Aik akan dihentikan dan mayatnya tidak ditemui.
NONE
"Kita semua keletihan selepas sehari suntuk. Kami rasa mungkin Chin Aik tidak tertimbus dalam lubang tersebut, tetapi kita memberi mereka jaminan bahawa kita akan terus mencari mayatnya," kata Lim kepada pemberita selepas bercakap dengan saudara mara Chin Aik.

"Saya menasihatkan mereka supaya pulang ke rumah dan berehat. Saya telah mengarahkan pasukan penyelamat supaya meneruskan kerja untuk menggali sebahagian daripada struktur (dari penebat kilat) yang jatuh ke dalam lubang tersebut," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena