Saturday 15 June 2013

Misteri 3 kubur lama di Menara Umno Pulau Pinang...

Ahad, 16 un 2013
Misteri 3 kubur lama
MenaraUmno2
MenaraUmno
Runtuhnya antena Menara Umno Pulau Pinang adalah siri runtuhan yang melibatkan Umno sebelum ini.
Datuk Musa Sheikh Fadzir, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, mengakui pejabat Umno hanya berada di tingkat enam dan tujuh bangunan tersebut tetapi tak mengakui kenapa keseluruhan bangunan tersebut menjadi Menara Umno. Gambar runtuhan

Bangunan tersebut milik JKP Sdn Bhd dan penyelenggaraannya juga berada di JKP Sdn Bhd. JKP Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 12 Julai 1995 dan dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).
Kenapa bangunan milik kerajaan Malaysia boleh menjadi “Menara Umno”? Kenapa JKP Sdn Bhd begitu bermurah hati menamakannya Menara Umno?
Persoalannya juga berapa banyak bangunan kerajaan Malaysia di seluruh negara menjadi ‘hak’ Umno BN?
Juga kenapa tanah wakaf tapak menara tersebut milik umat Islam Pulau Pinang bertukar tangan?
MenaraUmno2

MenaraUmno1
Terdapat 3 kubur lama di atas tanah tersebut. Dikatakan asalnya tapak tersebut merupakan tanah wakaf dan mungkin 3 kubur lama di tanah tersebut adalah kubur mereka yang mewakafkannya.
Tanah wakaf ini akhirnya diwakafkan kepada wakil UMNO. Tanah wakaf ini akhirnya telah disita dan diletakkan di bawah MAIPP pada tahun 1973 akibat kegagalan pihak bertanggungjawab menjelaskan cukai tanah dan pintu yang berjumlah lebih kurang RM 14000.00.
Akhirnya, menara ini telah dibina pada tahun 1995 dan siap pada 1998 dengan ketinggian lebih kurang 93.6 m. Keistimewaannya pada bahagian atas menara ini mempunyai “sayap berdinding” yang boleh dilaraskan untuk mengawal pergerakkan angin. – Rujuk Relaxjom
Nampaknya di bawah BN sebelum ini, tanah wakaf juga boleh bertukar tangan. Ada yang berkata selepas Umno runtuh di Pulau Pinang, menaranya pula yang menyusul!!
Baca Lagi: http://www.ekeleh.com/misteri-3-kubur-lama-di-menara-umno-pulau-pinang/#ixzz2WIhZ5RHP 
Follow us: ekeleh.comm on Facebook.




0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena