Wednesday 26 June 2013

PRU kecil Kuala Besut di bulan Ramadan - SPR

Rabu, 26 Jun 2013
PRK perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas kekosongan luar jangkaan diputuskan oleh SPR.
Fly Bread Kuala Besut - 'Roti Terbang"
PUTRAJAYA:  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menolak kemungkinan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Besut akan diadakan dalam bulan Ramadan ini, kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof.

Beliau berkata, mengikut Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang berkuatkuasa sekarang ini, PRK perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas kekosongan luar jangkaan diputuskan oleh SPR.
 
"Bagaimanapun, sehingga masa ini SPR belum menerima surat rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Mohd. Zubir Embong," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Hari ini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Dr A Rahman Mokhtar meninggal dunia akibat komplikasi paru-paru berair.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar juga mengesahkan pihaknya belum menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN dan menjangkakan ia akan diterima dalam tempoh terdekat.
 
"Selepas itu SPR akan mengeluarkan kenyataan rasmi bila mesyuarat khas akan diadakan. Mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri, Perlembagaan Negeri dan Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh kekosongan," katanya.
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Mohd Zubir Embong ketika dihubungi memberitahu pihaknya akan menghantar surat makluman mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Kuala Besut kepada SPR esok, untuk tindakan lanjut.
 
Kerusi DUN Kuala Besut kosong apabila penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar, 55, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Terengganu hari ini, akibat kanser paru-paru.

Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lepas, Rahman mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2008 dengan majoriti 2,434 undi mengatasi calon PAS Napisah Ismail.

Pada pilihan raya umum lepas Barisan Nasional (BN) Terengganu dapat membentuk kerajaan dengan majoriti mudah apabila menguasai 17 daripada 32 kerusi dewan undangan negeri yang dipertandingkan.
 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena