Saturday 15 June 2013

Harga Kereta Turun atau Lebih Rendah! - Proton Saga SV RM5,000 lebih rendah berbanding model terdahulu...Volkswagen & Peugeot?

Sabtu, 15 Jun 2013
New Saga SV launch 1 Proton Saga SV dilancarkan dengan harga berpatutan
Syarikat automotif nasional negara Proton hari ini secara rasminya melancarkan model baharunya dengan harga paling berpatutan setakat ini, Proton Saga Super Value (SV).
Proton Saga SV yang dilancarkan.

PROTON perkenal Saga SV mampu milik



Proton Saga SV lebih nilai berbanding harga
Oleh MOHD HAZLI HASSAN
PETALING JAYA 15 Jun - Proton hari ini melancarkan Saga SV terbaharu dengan harga yang lebih rendah, namun dengan nilai kenderaan lebih tinggi berbanding sebelum ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Hisham Othman berkata, Proton Saga SV yang dilancarkan hari ini berharga RM33,438 hingga RM36,888 iaitu kira-kira RM5,000 lebih rendah berbanding model terdahulu.

"Apa yang menarik, dengan harga yang lebih rendah ini kami tidak mengurangkan nilai model tersebut tapi kita meningkatkannya.

"Saga SV yang dilancarkan ini memiliki rating standard keselamatan ASEAN NCAP 3 Bintang yang meningkatkan ciri-ciri keselamatan kepada model ini," katanya ketika majlis pelancaran Proton Saga SV di Mutiara Damansara di sini hari ini.

Dalam pada itu, Pengerusi Eksekutif Proton, Tan Sri Khamil Jamil berkata, bakal pembeli juga diberi pilihan untuk membayar pinjaman bulanan yang lebih rendah untuk memiliki Saga SV.

"Pembeli hanya perlu membayar RM250 sebulan dengan beberapa institusi kewangan terpilih dan ini merupakan satu keutamaan dalam satu pakej kenderaan yang menarik," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Khamil juga berkata, mereka sedang meneliti untuk menyelaraskan harga antara Sabah dan Sarawak serta Semenanjung.

"Buat masa ini, kita terpaksa meneliti mengenai lojistik dan keperluan lain yang menyebabkan harga berlainan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

"Namun insya-Allah, ia mampu dilakukan," katanya. - UTUSAN ONLINE




Penafian Volkswagen, Peugeot malukan BN
Penafian beberapa syarikat pengeluar kereta bahawa mereka menurunkan harga kereta, sebagai sebahagian memenuhi janji pilihan raya BN, dilihat memalukan parti itu, kata Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad.
NONE
"Episod memalukan ini mendedahkan betapa terdesaknya Umno-BN dalam berhadapan dengan kempen #TurunkanHargaKereta Pakatan," kata Nik Nazmi dalam kenyataannya hari ini.

Pada 10 Jun lalu, akhbar Umno Utusan Malaysia melaporkan, kerajaan memenuhi janji menurunkan harga kereta secara berperingkat apabila lima syarikat pengeluar kereta mengumumkan penurunan harga 10 model kereta keluaran mereka.
NONE
Harian itu juga melaporkan, penurunan antara RM449 hingga RM12,775 (dari 0.7 hingga 11 peratus) dalam tempoh Januari hingga Mei tahun ini membabitkan kereta keluaran Peugeot, Proton, Perodua, Volkswagen dan Honda.

Penurunan fasa pertama harga kenderaan itu merupakan sebahagian daripada pelan kerajaan menurunkan secara berperingkat harga kereta sebanyak 20 hingga 30 peratus sehingga 2007.
Bagaimanapun, Volkswagen dan Peugeot Malaysia di Facebook masing-masing, menjawab soalan pelayar Internet, menafikan perkara itu.

Volkswagen Malaysia menjelaskan, harga modelnya Golf tidak diturunkan dari RM169,888 kepada RM157,888, sebaliknya memang dilancarkan dengan harga RM157,888.

Manakala Peugeot pula berkata, mereka tidak dirujuk dan tiada kaitan dengan artikel itu. Menurut pengeluar kereta Perancis itu juga, harga yang ditunjukkan 308 Turbo pra- facelift dan 308 VTi sebenarnya merupakan dua varian berbeza dari Peugeot 308.

"Setakat pengetahuan kami, tiada dasar berhubung sebarang harga baru," jelas Peugeot Malaysia di Facebook lagi.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena