Monday 24 June 2013

Ucapan Anwar: Semangatnya macam kalau dia jumpa Najib paling kurang pun lebam kena belasah kut tetapi bersenda gurau dengan Najib pulak!

Selasa, 25 Jun 2013
Semangatnya macam kalau dia jumpa Najib paling kurang pun lebam
Aduka Taruna tulis dalam facebook dia:
Gua melihat sendiri bagaimana Syauqie APBM merempuh 'polis tanpa uniform' yang sedang mengasari aktivis wanita cina. Kemudian menyebabkan dia dibelasah teruk oleh polis uniform.

Gua melihat polis uniform menumbangkan Safwan. Safwan tidak melawan dan sedia ditangkap. Tetapi, jurukamera tiba2 ambil peluang membelasah, atas nama polis, menyebabkan gua terpaksa melawan.

Hancur kamera tu akibat ditarik aktivis. Sedangkan pelakunya lari ke belakang dengan perlindungan polis uniform.

Aktivis Royalti, Mohd Adnan juga luka di kelapa akibat diserang jurukamera secara tiba2. Semuanya mendapat perlindungan polis uniform.

Ini adalah permulaan. Fahaman aktivis hidup dengan darah dan peluh. Fahaman politikis hidup dengan air liur dan pakaian. - FB Aduka.
Kalau tengok ke ucapan Anwar Ibrahim yang kat bawah ni, bunyi semangatnya macam kalau dia jumpa Najib paling kurang pun lebam kena belasah kut.

Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2013/06/anwar-pemimpin-munafik-bergurau-senda-gengan-najib-rakyat-berperang-dengan-polis.
Tapi realiti kejadiannya, boleh pulak dia bersenda gurau dengan Najib kat dalam dewan berair-cond banggunan parlimen depan hidangan berstatus bangsawan.

Kalau takat masuk parlimen untuk angkat sumpah pasai takmau 'derhaka kepada Agong', rakyat yang berhimpun di luar bangunan parlimen boleh terima lagi kut walaupun depa berhimpun tu di bawah terik matahari dan perit hidung sedut udara berjerubu.

Tapi kalau dah sampai sanggup bergurau senda dengan Najib sedangkan rakyat diluar terpaksa bertempur dengan polis sampai ada yang lebam muka dan ada yang patah kaki kena, itu dah boleh dikira aksi seorang munafik yang kononnya bersama rakyat menentang penipuan pilihanraya oleh Umno BN yang diketuai oleh Najib Rosmah tu.

Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2013/06/anwar-pemimpin-munafik-bergurau-senda-gengan-najib-rakyat-berperang-dengan-polis.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena