Wednesday 19 June 2013

Olympic Day fun run - Tukar Tempat Pulak Dah dari Dataran Merdeka ke Padang Merbok Jugak...

Rabu, 19 Jun 2013
'Konspirasi' tukar tempat larian olimpik?
NONE


Pertukaran saat akhir tempat Larian Hari Olimpik pada Ahad depan dari Dataran Merdeka ke Padang Merbok oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengejutkan sesetengah pihak.

Malah, ada di kalangan pengguna Internet yang mengaitkannya dengan "konspirasi" bertujuan memberi alasan terbaik kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menolak permohonan menggunakan Padang Merbok untuk perhimpunan Black 505 anjuran Pakatan Rakyat.

Tengah hari ini, MOM mengumumkan di Facebook mereka bahawa tapak acara larian mereka yang ditetapkan pada tahun lalu ditukar.

"Sila ambil perhatian bahawa tempat untuk Larian Hari Olimpik yang dijadual pada 23 Jun 2013, Ahad pada 7.30 pagi ditukar akibat keadaan yang tidak dapat diduga.

"Tempat baru untuk Larian Olimpik 2013 kini di Padang Merbok, Jalan Parlimen, Kuala Lumpur. Segala kesulitan amat dikesali," menurut mesej di Facebook MOM.

Semakan Malaysiakini di laman web majlis itu dan juga McDonald's sebagai penaja acara jelas menyebut tempatnya di Dataran Merdeka.
Mk.

Komen:
Muhammad Jundullah ·  Pengulas Tertinggi
kita ke Dataran Merdeka pula!
Balas · 18 ·  · lebih kurang sejam yang lalu

Raja Mohd Shahrim ·  Pengulas Tertinggi · 3,943 orang pelanggan
Acara ni adalah acara tetap setiap kali Sukan Olimpik diadakan..cubaan rejim komeneh UMNO yg cuba memberi persepsi buruk pada penganjur 505 dan menjadikan acara larian itu sebagai 'modal' mereka membuktikan UMNO ni mg keparat sekali....
Balas · 25 ·  · lebih kurang sejam yang lalu

Tokbatin Pru ·  Pengulas Tertinggi
ni la keja umporno....jahat...dengki...malaun...penipu....perompak......pemfitnah..pembelit...busuk punya parti....
Balas · 15 ·  · lebih kurang sejam yang lalu

Khalid Hassan ·  Pengulas Tertinggi · L&G Twintech Institute of Technology
Umno dan konco-konconya memang busuk hati, ni semua nak cari alasan supaya perhimpunan black 505 tidak dapat diadakan di padang merbok. Apa yang diaorang takutkan kita bukan nak merusuh cuma berhimpun secara aman aje kalau tak Akta Perhimpunan Aman 2012 tu campak aje ke dalam tong sampah.
Balas · 6 ·  · 42 minit yang lalu

Ahmad Jakobi ·  Pengulas Tertinggi
'Akibat keadaan yang tidak dapat diduga'HAHAHAHAHAHAHA..Tak perlu la diorang Berbelit2..kata je Angkara OumnoBeEnd yang Busuk Hati yang akan berbuat apasaja untuk MengHalang Rakyat yang tidak puas hati.
Balas · 2 ·  · 33 minit yang lalu
Lihat 1 lagi

Ezwan Kamarul ·  Pengulas Tertinggi · University of Malaya
kalau camtu kita pulak lari le balik ke dataran merdeka...kita tukar2 laaa...heheh
Balas · 16 ·  · lebih kurang sejam yang lalu

Wfauzdin Ns ·  Pengulas Tertinggi · Bekerja di Ex Army · 1,118 orang pelanggan
Canteeekkkk.....lagi best kat dataran merdeka la plak kita.....tak abih2 perangai hasad dengki puak2 tu....busuk hati betul....ingat rakyat bodo sgt ke?
Balas · 8 ·  · lebih kurang sejam yang lalu

Azwan Amy ·  Pengulas Tertinggi
ayuh rakyat semu kita tukar ke dataran merdeka plak..umnok memg pdengki..sama mcm puak2 dia!!!!!!!
Balas · 7 ·  · lebih kurang sejam yang lalu

azlan

INI KERJA JAHAT SIAPA?
MP Pandan Rafizi Ramli mendakwa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terpaksa tunduk kepada tekanan Umno/BN kerana enggan memberi kebenaran kepada Pakatan Rakyat untuk menggunakan Padang Merbok bagi perhimpunan 'Black 505' pada 22 Jun.

Katanya, beliau mendakwa demikian kerana DBKL sehingga kini gagal memberi alasan jelas kepada keputusan untuk menolak permohonan tersebut.
Katanya, DBKL semalam menyatakan bahawa padang berkenaan digunakan untuk acara Larian Olimpik McDonalds anjuran Majlis Olimpik Malaysia – pada 23 Jun.
DBKL juga menyatakan bahawa pihak berkuasa berkenaan memerlukan tempoh sehari sebelum acara tersebut bagi membuat persiapan, katanya.

Namun acara tersebut tiada kena mengena dengan penggunaan padang berkenaan, kata Rafizi dalam kenyatannya hari ini.

Rajah laluan untuk acara larian tersebut, yang diedarkan Rafizi, menunjukkan bahawa para peserta akan melalui tiga jalan di sekeliling padang berkenaan.
Rafizi berkata semakannya di laman web MOM, Pacesetters Athletic Club Malaysia (PACM) dan laluan larian serta borang penyertaan acara itu mendapati larian itu bermula dan berakhir di Dataran Merdeka dan bukannya di Padang Merbok
"Untuk memastikan acara ini benar-benar diadakan di Dataran Merdeka dan bukannya Padang Merbok, saya menyemak pula laman PACM yang turut sama akan terlibat di laman rasminya.

"Disahkan bahawa acara anjuran MOM ini akan diadakan di Dataran Merdeka, bukannya Padang Merbok.

"Maka tidak ada alasan untuk tidak membenarkan himpunan aman Black 505 berlangsung di Padang Merbok pada 22 Jun," katanya.
Semalam DBKL menolak permohonan Pakatan Rakyat untuk mengadakan perhimpunan Black505 di padang tersebut antaranya MOM telah menempah tempat itu sejak tahun lalu lagi dan mereka harus membuat persediaan logistik sehari sebelumnya.

~ hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Orang/pihak yang berHASAD DENGKIi akan tetap gagal dan kecundang!!!!...
Posted by Kedahkini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena