Wednesday 19 June 2013

BR1M Akan Mati Tetapi INFLASI Akan Hidup..Rakyat telah diperdayakan oleh BN melalui projek BR1M

Rabu, 19 Jun 2013
Rakyat telah diperdayakan oleh BN melalui projek BR1M
Ramai juga yang termakan rasuah itu mengundi BN dalam PRU13

Cubitan Infasi sudah mula dirasai oleh rakyat Malaysia. Setiap kali keluar untuk membeli barangan, kita dikejutkan dengan harga baru yang lebih tinggi. Rakyat terperangkap dalam bakul inflasi selepas PRU13. Kerajaan tidak akan mempedulikan masalah ini kerana pilihanraya sudah pun dimenanginya dengan tipu muslihat. Kerajaan tidak mengambil apa-apa tindakan untuk mengawal inflasi yang sudah mula merayap. Rakyat sekali lagi akan menjadi mangsa ekonomi yang semakin menekan.
BR1M RM500 bukanlah penyelesaian. Meningkat kuasa beli rakyat sekali sekala tidak akan meringankan beban rakyat dalam jangka masa panjang. Pemberian seperti ini tidak boleh membantu meningkatkan taraf hidup rakyat. Kesan yang lebih terjamin dan benar-benar diharapkan oleh rakyat jelata ialah pengawalan harga barangan. Tidak ada gunanya memberi BR1M dan kemudian harga barang-barang terus meningkat. Pemberian RM500 sebagai BR1M bukanlah bertujuan menyelesaikan masalah ekonomi rakyat. Matlamat utama BR1M adalah bertujuan politik iaitu mempengaruhi rakyat jelata menyokong BN.

Nilai RM50 bukanlah sama dengan RM50 lima tahun lalu. Walaupun nilai muka adalah sama iaitu RM50 tetapi nilai senenarnya adalah kurang daripada RM50. Kemampuan RM50 adalah lebih rendah sekarang jika berbanding dengan 5 tahun yang lepas. Ini menjadikan seseorang itu menjadi semakin miskin walaupun tidak terdapat perubahan dalam jumlah pendapatan.
Rakyat yang mengundi BN dlm PRU13 telah membuat satu kesilapan besar. Rakyat telah diperdayakan oleh BN melalui projek BR1M. Ramai juga yang termakan rasuah itu mengundi BN dalam RU13. Tetapi, BR1M tidak boleh menyelesikan masalah ekonomi rakyat yang sebenar. BR1M tidak dapat menandingi kekuatan inflasi dalam negara. Dalam keadaan itu rakyatlah mengalami kerugian besar.
V. Sivakumar 
Ahli Parlimen Batu Gajah



RM41.60 Sebulan ... Mari Kita Kira
Bhai... Gua nak tanya lu aaa.... boleh tak lu idup sebulan laki bini dengan dua orang anak...... dengan kos sara hidup sebanyak RM41.60 sebulan... Hahaha..... Mari kita kira sama-sama aaa...

Beras Nasional Sekampit 10kg (15% hancur) : RM17
Ubi Keledek (tanam sendiri) : RM0
Ubi Kayu (tanam sendiri) : RM0
Kelapa (tanam sendiri @ curi) : RM0
Minyak Masak (Recycle) 3kg : RM6
Tepung Gandum 3kg : RM5.40
Ikan Bilis (serdak hancur bahagian kepala) 1kg  : RM0.50
Cili padi (tanam sendiri) : RM0
Sayur (tanam sendiri) : RM0
Kayu Api (buat memasak guna dapur kayu) : RM0
Kicap (Cap Budak Terbang Keluaran Syarikat Cina) : RM1.60
Ikan (pancing sendiri) : RM0
Ayam (bela sendiri tapi anak ayam kena beli seekor) : RM2.50
Itik (bela sendiri tapi anak itik kena beli seekor) : RM2.50
Minyak kerosene @ minyak gas buat pelita segelen (anggaran) : RM5.00

Jumlah Keseluruhan : RM40.50  ........ hehehe... waah.... maknanya dengan peruntukan RM41.60 sebulan yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia melalui BR1M ..... maknanya ader lebihan sebanyak RM1.10 setiap bulan.... wah... hebat.... boleh la menyimpan kat Tabung Haji kalu camnie....  Cukup tahun boleh pi tunaikan haji ke Mekah.... hahaha

Aiyark... gua lupa nak masukkan harga gula la.... hahaha... takper la.. minum air suam ajer la yer... jaga kesihatan... kalu nak pi ke Klinik 1Malaysia ... terpaksa la korbankan duit simpan RM1 untuk kos rawatan.... jadi... boleh simpan kalu cuma sepuluh sen jer.... hahaha... seposen.... mampuih....

Gilo ko apo.... Hahaha.... biler Najib Razak kata nilai sebanyak RM41.60 nih cukup untuk sebulan.... hahaha .... Bangsat betul la ader PM yang menghina rakyat dier sendiri.... bangang ker aper nih.... cilakak tul lar...

Berkaitan : Warganegara Lagi Hina Dari Banduan Warga Asing
Read more: http://cipantapirtenuk.blogspot.com/2013/02/rm4160-sebulan-mari-kita-kira.html#ixzz2WavpsHdY

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena