Monday 24 June 2013

Menteri Alam Sekitar Indonesia: Syarikat perladangan Malaysia sering menyuruh orang tempatan untuk membakar hutan atau kawasan tanah gambut berhampiran kawasan konsesi mereka...

Isnin, 24 Jun 2013
Photo: Asap kembali kepada tuannya?

PAS tuntut dedah nama dalam masa 48 jam
KUALA LUMPUR: PAS menuntut agar Menteri Alam Sekitar Datuk Seri G.Palanivel mendedahkan nama Syarikat Malaysia di Indonesia yang dikatakan terlibat dengan krisis jerebu dalam masa 48 jam.

Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Malaysia Haji Zulkefly Mohamad Omar (gambar) berkata, jika menteri yang berkenaan gagal untuk mendedahkan nama Syarikat itu dalam tempoh masa yang berkenaan, PAS akan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Ia bertujuan untuk mendesak tindakan drastik semua pihak yang terlibat agar krisis ini dapat dihentikan seberapa segera demi kepentingan kesihatan dan keselamatan seluruh rakyat di Negara ini.
Beliau melahirkan kekecewaan kerana kegagalan Kerajaan UMNO/BN untuk mencegah insiden ini kerana masalah jerebu bukanlah satu isu yang baru.  

“Kita pernah beberapa kali menghadapi masalah yang sama tetapi sampai bilakah isu ini dapat diselesaikan? 

"Saya mahu tindakan drastik yang lebih awal dari pihak Kerajaan UMNO/BN khususnya menteri yang berkenaan untuk menangani isu ini bukannya sibuk dengan masalah Beruang Panda dari Negara China. 
"Kesihatan dan Keselamatan Rakyat yang seharusnya lebih diutamakan dari binatang," ujar beliau dengan nada kecewa. 
Ketua Menteri Pulau Pinang juga melahirkan kekecewaan beliau dengan sikap Menteri Alam Sekitar itu ketika majlis pembukaan Konvensyen Kepimpinan Pakatan Rakyat di sebuah hotel di Ampang semalam.

Zulkefly juga menyeru agar seluruh rakyat mengambil tindakan yang sewajarnya untuk melindungi diri dari ancaman Jerebu khususnya kepada anak-anak yang menghidap lelah atau asthma.

“Banyakkan minum air dan kurangkan aktiviti luar buat masa ini," ujar beliau dengan harapan agar krisis jerebu ini dapat diatasi secepat mungkin demi Kesihatan dan Keselamatan Rakyat.Harakahdaily.

Jerebu: Syarikat Malaysia terlibat mesti dihukum
KUALA LUMPUR: Dakwaan Menteri Alam Sekitar Indonesia, Balthasar Kambuaya bahawa lapan syarikat milik rakyat Malaysia menyumbang kepada pencemaran jerebu menggunakan cara murah tetapi salah dengan menebang dan membakar hutan untuk mencerahkan kawasan baru bagi ladang mereka  mesti disiasat sepenuhnya. 
“Jika benar, bukan sahaja Indonesia, Malaysia juga mesti mendakwa dan menghukum mana-mana syarikat perladangan Malaysia yang telah dibuktikan terlibat dalam jenayah tebang dan bakar untuk mencerahkan hutan untuk ladang-ladang mereka di Sumatera,” ujar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas kenyataan Balthasar yang memberitahu bahawa dakwaan tersebut akan disiasat oleh pihak polis Riau. 

Salah satu daripada pesalah yang didakwa ialah syarikat PT Tunggal Mitra Plantation, sebahagian daripada Minamas Plantation, anak syarikat Sime Darby Plantation yang berpusat di Malaysia, sebuah syarikat ladang kelapa sawit terbesar di dunia. Sebuah syarikat lagi ialah PT Adei Plantation, dimiliki oleh Kepong Berhad. Yang lainnya ialah PT Langgam Inti Hibrida, PT Bumi Reksa Nusa Sejati, PT Udaya Loh Denawi, PT Jatim Jaya Perkasa, PT Multi Gambut Industri, dan PT Mustika Agro Lestari.
Blathasar mendakwa bahawa “syarikat perladangan Malaysia sering menyuruh orang tempatan untuk membakar hutan atau kawasan tanah gambut berhampiran kawasan konsesi mereka, dengan harapan api tersebut akan merebak masuk ke kawasan mereka. Apabila api telah membakar kawasan mereka, syarikat-syarikat ini menyalahkan penduduk tempatan seolah-olah api tersebut secara tidak sengaja merebak ke tanah mereka”.

Menurut Guan Eng, DAP maklum bahawa Sime Darby Plantations Bhd telah mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan daripada kerajaan Indonesia itu. 

Justeru, katanya DAP berharap agar pihak kerajaan Indonesia tidak mencuba untuk mengalihkan perhatian daripada kegagalan mereka untuk mencegah pembakaran terbuka sedemikian oleh syarikat perladangan Indonesia dan pengusaha kecil dengan menyalahkan syarikat Malaysia yang tidak bersalah semata-mata.
Namun begitu, tegas beliau dakwaan serius terhadap Sime Darby mesti disiasat secara terperinci memandangkan Sime Darby adalah sebuah syarikat GLC yang dimiliki kerajaan Malaysia. 

“Tuduhan serius ini boleh merosakkan reputasi antarabangsa Sime Darby dan juga Malaysia,” katanya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Beliau berkata, jika syarikat perladangan Malaysia memang telah melakukan pembakaran terbuka dan mengakibatkan krisis jerebu sekarang, ia adalah satu pengkhianatan kepada rakyat Malaysia dengan tindakan merosakkan alam sekitar dan hutan sambil mengancam keselamatan dan kesihatan rakyat Malaysia. 
Justeru, beliau menggesa Kerajaan Malaysia mesti menghantar pasukan penyiasatnya sendiri untuk memeriksa dakwaan terbabit dan menghukum mana-mana syarikat Malaysia jika benar mereka terlibat.
Harakahdaily.
Kebakaran Lahan Gambut- Riau Diselimuti Asap Tebal

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena