Monday 24 June 2013

AdukaTaruna Koordinator Program: PUNCA KEKECOHAN DEMO DEPAN PARLIMEN TERBONGKAR...SIAPA AMBIL KESEMPATAN ?

Isnin, 24 Jun 2013
Ini sebabnya kenapa demo depan Parlimen menjadi kecoh...

Suasana Kecoh Aktivis Di Tahan Di Hadapan Parlimen

Menurut Aduka Taruna, sebenarnya para aktivis yang berhimpun di hadapan Parlimen itu hanyalah mempertahankan diri sebelum menyerahkan diri kepada Polis lantaran mereka telah dilayan secara kasar tanpa sebab. 

SPR diselamatkan oleh polis yang tiada pengalaman.
1. Pihak NGO Royalti kecewa apabila objektif perhimpunan menentang penipuan SPR dan JPN telah menjadi acara permusuhan antara peserta dengan pihak polis.

2. Keadaan awalnya berjalan baik. Polis mengatakan pihaknya membenarkan 10 wakil gabungan aktivis untuk masuk ke parlimen bagi menyerahkan memorandum.

3. Tetapi keadaan menjadi curiga apabila terlalu lama. Apabila wakil gabungan aktivis cuba mendapatkan penjelasan, kumpulan polis muda yang membentengi jalan masuk menjawab dalam keadaan mengejek.

4. Gabungan aktivis memutuskan untuk menyusun peserta sehingga 5 meter dari sempadan benteng polis. Ini bagi menunjukkan objektif aktivis adalah serius. 

5. Apabila gabungan aktivis mara, polis muda yang menjadi benteng menjadi cemas dan menyerang aktivis.

6. Keadaan menjadi buruk apabila terlalu ramai orang tidak beruniform memukul aktivis atas nama polis. Ini menyebabkan aktivis melawan mempertahankan diri kerana tidak wujud tanda rasmi polis. 

7. Yang direkodkan, seramai 37 aktivis cedera termasuk aktivis Royalti bernama pena Lan Cass. Beliau mendapat kecederaan patah kaki akibat dipukul 'polis berpakaian biasa'.

8. NGO Royalti menyeru semua pihak berhimpun di Lokap Bersepadu Jinjang bagi menyatakan solidariti kepada aktivis yang cedera dan ditahan. 

AdukaTaruna 
Koordinator Program




0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena