Friday 14 June 2013

PKR berusaha membatalkan kemenangan Zahid Hamidi di Parlimen Bagan Datoh...

Sabtu, 15 Jun 2013


Zahid_Kantoi
PKR berusaha membatalkan kemenangan Zahid Hamidi di Parlimen Bagan Datoh dengan pendedahan bukti video pemberian rasuah untuk mengundi beliau.

Video-video tersebut boleh didapati di Youtube yang mendakwa Zahid mengakui memberi RM100 kepada 23,000 orang  dan 5kg beras dengan “pelekat” untuk diberikan kepada pekerja kempen BN.
“Zahid fikir dia pintar. Dia mendakwa dia memberi rasuah kepada pekerja-pekerja parti. Undi yang dia dapat hanya 17,000 tetapi dia mengakui telah memberikan kepada 23,000 pekerja parti jadi ini bermakna 6,000 pekerja parti tidak mengundinya.
“Dia sebenarnya mencari kelemahan dalam undang-undang untuk memberi rasuah.. semua orang tahu mustahil untuk anda memiliki 24,000 pekerja kempen,” kata Rafizi Ramli. – Rujuk TheMalaysian Insider.

Di bawah adalah dua dari video yang dimaksudkan Rafizi.

Zahid: 23 Ribu jentera BN di Bagan Datok

Bersama warga Bagan Datoh

Zahid sogok pengundi, belanja lebih RM2 juta
Ruqayya Rahman
PETALING JAYA 12 Jun: Dua petisyen pilihan raya difailkan berhubung salah laku calon BN di Bagan Datuk, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi termasuk membelanjakan lebih RM2 juta semasa berkempen.
Menurut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, petisyen pertama membabitkan sogokan dilakukan Zahid kepada pengundi dengan memberikan mereka wang RM100 dan 5 kilogram beras setiap orang.
“Satu petisyen berasingan difailkan berhubung kesalahan melanggar had perbelanjaan RM200,000 yang dibenarkan untuk sesuatu pilihan raya dan kesalahan mengambil petugas pilihan raya dalam jumlah yang tidak munasabah,” katanya.
Rafizi berkata, Zahid membelanjakan lebih RM2 juta ketika berkempen, iaitu melebihi had yang dibenarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebanyak RM200,000.
Menteri Dalam Negeri itu juga menggunakan 24 ribu petugas pilihan raya, sepertimana diakui sendiri dalam video yang dimuatnaik  di laman web rasmi beliau.
Dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN petang tadi, Rafizi turut menunjukkan video berkenaan di mana Zahid turut mengaku memberi wang dan beras kepada pengundi.
“Zahid telah melakukan tindakan kurang bijak dengan menayangkan kenyataannya secara terang-terangan,” kata Rafizi kepada media.
Hadir dalam sidang media itu ialah peguam Edmund Bond serta calon KEADILAN bagi Bagan Datuk, Madhi Hassan sebagai pempetisyen pertama.
Dalam petisyen tersebut, Madhi mendakwa Zahid melakukan rasuah di Dewan Sanmarka, Jalan Sabak Bernam, Simpang Empat, Hutan Melintang atas nama Majlis Mesra Rakyat, yang menyalahi Seksyen 10 (a) (Bahagian III), undang-undang pilihan raya.
“Beliau dengan jelas melakukan kesalahan memberi sogokan atau rasuah yang sekaligus boleh menafikan keputusan Pilihan raya 13 lalu,” katanya.
Petisyen kedua difailkan seorang pengundi, Azmi Sulaiman yang diwakili peguam, Chong Kok Yew. Azmi bagaimanapun tidak hadir dalam sidang media berkenaan. Kedua-dua petisyen itu difailkan oleh mereka di Mahkamah Tinggi Ipoh, petang semalam.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=53354

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena