Friday 14 June 2013

Padang Merbok Black 505: Setakat ini tidak ada perubahan (lokasi) - YB Rafizi

Jumaat, 14 Jun 2013
Perbincangan DBKL- Penganjur Himpunan 'Black 505' Temui Jalan Buntu 
Black 505: Penganjur, DBKL gagal capai kata sepakat
NONE
Penganjur perhimpunan Black505 dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini masih gagal mencapai kata sepakat berhubung lokasi penganjuran himpunan tersebut pada 22 Jun ini yang mahu diadakan Padang Merbok.

Bercakap kepada pemberita selepas pertemuan dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib pagi ini, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata buat masa ini penganjur kekal "status quo" untuk mengadakan himpunan itu di padang tersebut sekalipun DBKL tidak membenarkannya.
NONE
Dalam pertemuan lebih sejam itu bermula 8.15 pagi, Rafizi berkata perbincangan turut berkisar mengenai tawaran DBKL sebelum ini supaya mengadakan perhimpunan itu di Stadium Merdeka atau Stadium Titiwangsa.

Bagaimanapun, Rafizi berkata pihaknya tidak mempunyai mandat membuat keputusan dan akan berbincang perkara itu dengan kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat dan NGO berhubung perkara itu.

Beliau yang juga ahli parlimen Pandan sebaliknya menegaskan "tidak mengharapkan banyak perubahan akan berlaku".

"Setakat ini tidak ada perubahan (lokasi). Pertemuan hari ini berjalan dengan baik dan mesra tetapi keputusan kedua-dua pihak adalah sama pada asal. 
azlan
"Kita mahu berhimpun di Padang Merbok. Sebagaimana dengan DBKL tetap dengan pendirian sebelum ini bahawa permohonan itu ditolak dan minta kita memindahkannya ke Stadium Merdeka.

"Saya tidak nampak ada perubahan. Kita telah bincang mengenai Stadium Merdeka pada peringkat awal... Masih status quo. Kita akan update. Tapi saya tidak mengharapkan banyak perubahan," kata Rafizi yang juga ahli parlimen Pandan.

Turut hadir dalam perbincangan itu Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul dan Ahli Parlimen Bukit Bintang Fung Kui Lun serta Ketua Polis Daerah Dang Wangi Zainuddin Ahmad.

Semalam, Ahmad Phesal meminta PKR menerima hakikat bahawa padang itu ditempah oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sejak tahun lalu dan mereka memerlukannya bermula dari 22 Jun bagi persiapan acara larian yang dianjurkan oleh mereka.

Ia sekaligus menolak dakwaan PKR bahawa MOM tidak menggunakan Padang Merbok pada tarikh tersebut.

Dalam pertemuan itu juga, Rafizi menjelaskan bahawa pihak berkuasa tempatan itu "tidak ada asas kukuh" untuk menolak perhimpunan yang diadakan di kawasan terbuka selagi ia boleh dipastikan berjalan dengan lancar.

"Padang Merbok terbuka kepada rakyat dan tempahannya mudah, siapa sahaja boleh buat tempahan. Tetapi tiba-tiba dengan hanya acara ini, Padang Merbok menjadi eksklusif...

"Jika terus menerus menerima hanya perhimpunan aman hanya dalam kawasan tertutup sahaja boleh dibenarkan, itu bertentangan dengan hak yang telah diperakui dalam Akta Perhimpunan Aman. 

"Memang kita nak berhimpun di padang. Ditengah bandaraya, tidak ada padang, yang hanya ada di Padang Merbok," katanya sambil menegaskan pihaknya "berkompromi untuk tidak pergi dekat dengan Dataran Merdeka".
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena