Thursday, 8 October 2015

PM perlu akur Titah Majlis Raja-Raja segera tangani isu 1MDB..."Mengengkari, bererti menderhaka kepada Raja-Raja"!.

Khamis, 8 Oktober 2015

1MDB - Najib Perlu Akur Titah Raja-Raja Melayu

PM perlu akur titah segera tangani isu 1MDB


SHAH ALAM - Pakatan Harapan menjunjung titah Majlis Raja-raja Melayu bahawa kemelut kewangan 1MDB dan risikonya terhadap ekonomi negara perlu ditangani dengan segera.

Pakatan Harapan dalam kenyataan bersama antara Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, kerajaan perlu bertindak segera dan akur kepada titah baginda tersebut.

"Pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak tidak lagi boleh melengah-lengahkan keputusan-keputusan yang penting mengenai 1MDB kerana kegawatan yang berlarutan telah dan akan membawa kesan buruk kepada ekonomi negara.

"Kami menyeru supaya semua institusi awam dan agensi penguatkuasaan memainkan peranan dengan sebebas mungkin supaya kemelut 1MDB dapat diselesaikan segera," kata mereka dalam satu kenyataan, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN:  Teguran Majlis Raja-Raja selaras sentimen rakyat]

[ARTIKEL BERKAITAN: Kalau tidak yakin PM, raja akan terus terang

Terdahulu Majlis Raja-Raja Melayu pada Selasa menitahkan pentadbiran Najib perlu menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan dengan 1MDB dan mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap pihak-pihak yang terlibat.

Baginda sekalian juga menegaskan semua pihak bertanggungjawab perlu memberi kerjasama sebenar dan jujur agar usaha serta maksud siasatan tersebut berjaya.

Dalam pada itu, Pakatan Harapan juga menegaskan sebarang cubaan oleh mana-mana pihak untuk campur tangan atau mempengaruhi siasatan oleh pihak berkuasa boleh mengingkari titah baginda sekalian.

Sementara itu, Pakatan Harapan sedang menyiapkan Belanjawan mereka sendiri sebelum kerajaan membentangkan Bajet 2016 di Parlimen pada 23 Oktober ini.

Antara fokus utama Belanjawan Pakatan Harapan ini adalah langkah muktamad masalah 1MDB ini untuk mengelakkan rakyat terus terheret dengan kegawatan ekonomi akibat kemelut kewangan yang dihadapi syarikat pelaburan itu.

Gabungan itu turut menjunjung titah baginda sekalian agar keharmonian kaum dan perpaduan dijaga demi kesejahteraan negara.

"Titah tersebut adalah tepat mengambil kira pelbagai kejadian akhir-akhir ini yang seolah-olah cuba melaga-lagakan satu kaum dengan kaum-kaum yang lain kebelakangan ini.

"Oleh itu kami mengajak semua rakyat Malaysia untuk bersama-sama menghayati titah Majlis Raja-raja Melayu itu agar menghindari perbuatan atau pengucapan yang menyinggung perasaan orang lain terutamanya yang bersabit kaum dan agama," katanya kenyataan itu lagi.

- sharian
BLM.

Permintaan Majlis Raja-Raja memberi tekanan kepada Najib

ULASAN

Harapan berupa gesaan Majlis Raja-Raja Melayu supaya siasat terhadap syarikat 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) yang bermasalah dan dikatakan menanggung kerugian RM42 billion disegera dan mengambil tindakan tegas kepada mereka terlibat memberi petanda bahawa isu tersebut serius dan berat, kalau tidak masakan Majlis itu turut sama memberi perhatian.

Jarang sekali Raja-Raja ikut campur tangan atau membuat teguran dalam kes-kes yang dipolitikkan seperti itu apa lagi membabit pemimpin kerajaan. Majlis itu selalu cermat dan berhati-hati sebelum membuat teguran sesuai dengan kemuliaanya. Jadi apabila ia tidak dapat mendiamkan diri maka ia sesuatu yang parah.

Seperti mana dijelas dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Majlis Raja-Raja membuat permintaan itu untuk tidak memanjangkan isu berkenaan sehingga ia boleh menjejaskan perkembangan ekonomi negara. Dalam masa sama juga bagi menutup persepsi umum terhadap integriti kerajaan pimpinan Najib Razak.

Institusi itu sudah dapat membaca atau menerima laporan isu 1MDB telah memberi imej buruk kepada percambahan ekonomi negara. Ini bertentangan dengan pendapat sesetengah "penggosok mulut Najib" kononnya 1MDB tidak memberi kesan buruk kepada ekonomi negara.

Kritikan Dr Mahathir Mohamad dibalas dengan tuduhan kononnya bekas PM itu berniat jahat dengan Najib.

Sesungguhnya pendirian dan kepedulian Raja-Raja Melayu itu sesuatu yang baik dan terpuji. Sewajarnya kalau kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa yang diberi tugas menyiasat kes 1MDB mempercepatkan siasatan sebagai menghormati gesaan Majlis Raja-Raja.

Sehubungan itu peluahan hasrat Majlis Raja-Raja itu memberi tekanan baru kepada Najib Razak sebagai perdana menteri. Najib seharusnya mengambil aksi segera memenuhi kehendak baginda Raja-Raja.

Gesaan itu juga menggambarkan majlis Raja-Raja seakan tidak berpuas hati dengan cara Najib menangani isu 1MDB dan kenyataan-kenyataanya khasnya berkenaan siasatan yang dijalankan. Sudah pasti halangan dan gangguan terhadap Jawatankuasa Khas yang dibentuk menyiasat tohmahan dalam 1MDB terdiri daripada SPRM, Bank Negara, Peguam Negara dan juga PDRM tidak disenangi oleh Majlis Raja-Raja.

Jawatankuasa khas itu telah pun dibubar dan ditubuh jawatankuasa penyiasatan baru yang tanpa penyertaan SPRM.

Najib seharusnya tahu malu dan bertanggungjawab terhadap gesaan Majlis Raja-Raja itu. Tidak pelik dan mustahil kalau beliau gagal memberi jawaban tuntas kepada Majlis Raja-Raja berhubung 1MDB, wajar kalau beliau mengambil pendirian berundur dari Putrajaya sebagai satu rasa kebertanggungjawab.

Kuasa atau pun majlis mana lagi yang Najib rasa perlu bertanggungjawab dan malu, kalau bukan Majlis Raja-Raja yang merupakan institusi tertinggi dalam negara ini dan menjadi badan yang dijunjungi tinggi oleh bangsa Melayu. Mengengkari hasrat majlis itu bererti menderhaka kepada Raja-Raja. [wm.kl.11:35 am 07/10/15]
Mohd Sayuti Omar

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena