Thursday, 8 October 2015

[Video] ‘Kalau Dr Mahathir anak jantan turunlah'. Erk! ‘Kalau bangsat tu pergi, kita tak bangsat’lah...

Khamis, 8 Oktober 2015


Prebet Ali Tinju kecoh mahu membayangkan bahawasanya beliaulah pemimpin paling kredibel untuk menerajui bekas tentera dalam menuntut pembelaan yang kononnya - eddyjugaks.blogspot.com
‘Kalau Dr Mahathir anak jantan turunlah di Pekan’

Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu Mohd Ali Baharom mencabar bekas perdana menteri Tun Dr Mahahtir bertanding kerusi Pekan pada pilihan raya umum akan datang.

Mohd Ali membuat cabaran itu selepas Dr Mahahtir yang juga bekas presiden Umno, meminta rakyat di Parlimen Pekan tidak lagi mengundi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada pilihan raya umum akan datang.

BLM.


Selepas tekanan, Ali Tinju batal himpunan Sabtu ini

Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) Mohd Ali Baharom membatalkan cadangan untuk mengadakan himpunan di Taman Melaka Raya Sabtu ini selepas diarahkan oleh pihak berkuasa.
Beliau yang lebih dikenali Ali Tinju, berkata pembatalan itu dibuat bagi menghormati majlis pengangerahan darjah kebesaran oleh Gabenor Melaka, yang diadakan pada hari yang sama.
Protes itu diadakan selepas dilaporkan tiga penguatkuasa Jabatan Kastam dikasari pada 30 Spetember yang didakwa dilakukan oleh sekumpulan "samseng Cina".
Sementara akhbar The Star hari ini melaporkan Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron tidak mengalu-alukan dan membenarkan Ali datang ke Melaka untuk memusnahkan sejarah panjang kesatuan kaum di negeri itu.
"Walau apapun, saya tidak akan membenarkan mana-mana individu untuk merampas ikatan perpaduan dan hubungan kuat kami yang berada di kemuncak sejak dahulu lagi.
"Kami menghormati antara satu sama lain sejak bertahun-tahun dan mereka yang mempunyai niat jahat tidak dialu-alukan di sini," Idris dipetik sebagai berkata oleh akhbar itu hari ini.
Semalam, Mohd Ali mengumumkan akan mengadakan perhimpunan di Melaka Raya pada Sabtu dan memberi amaran kawasan di Bandar Melaka itu tidak akan selamat pada tarikh itu.

Katanya, perhimpunan itu bukan bertujuan melakukan huru-hara tetapi sekadar mendesak pihak berkuasa bertindak terhadap samseng terlibat.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena