Sunday 8 November 2015

[Video Luahan Ahli Pas] Kelantangan Husam akan dirujuk ke Pas Pusat.

Isnin, 9 November 2015

Kelantangan Husam akan dirujuk ke Pas Pusat

 | November 9, 2015
husam

PETALING JAYA: Tindakan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang lantang mengkritik kepimpinan parti sejak kebelakangan ini akan dirujuk kepada Jawatankuasa Pas Pusat.
Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah berkata, langkah berkenaan akan dilakukan oleh Pas negeri itu ekoran Husam kini dilihat mengumpul alasan yang boleh menghalalkan tindakannya menyerang parti.
“Kita (Pas Kelantan) sering mengadakan mesyuarat, sama ada perkara ini dibangkitkan atau tidak, itu saya tidak tahu. Cuma kita di peringkat negeri dan sebagainya tidak boleh mengambil sebarang tindakan, hanya jawatankuasa pusat sahaja yang boleh,” katanya yang dipetik dari Sinar Harian Online.
Bagaimanapun, Mohd Amar yang juga Naib Presiden Pas tidak boleh menyatakan sama ada kritikan Husam mengenai dakwaan Pas bekerjasama dengan UMNO itu, namun, mengikut maklumat yang beliau ada, ia tidaklah sebagaimana dakwaan Husam itu.
Tambah beliau, apa yang dilakukan Husam itu tidak kena pada caranya kerana tidak mengikut saluran yang betul dan boleh memberi kesan kepada parti dan dirinya sendiri.
“Bagi saya, tidak kena lah mengkritik dan menyerang parti secara terbuka, sebelum ini pun berulang kali arwah Tok Guru Nik Aziz sebut, parti ini jemaah, berumah tangga, jika ada masalah, jangan cakap di kedai kopi, gunalah saluran yang betul.
“Bila dia (Husam) buat macam itu, banyak sangat orang berfikir yang tidak betul. Saya percaya orang Pas tidak boleh terima cara dia. Bila seseorang bercakap mengenai parti dan politik, macam orang kata kepada ayah kita di kedai kopi, takkan kita sebagai anak tidak terasa?” katanya.
FMT

Comments

Nordin Kcd
Kenyataan Husam tentang Hadi Awang itu bukannya satu kritikan tetapi adalah satu kenyataan.bahawa Hadi Awang sememangnya teringin sangat nak berkerjsama dengan UMNO selama ini. Namun keinginan Hadi Awang ini dihalang oleh arwah Nik Aziz dengan alasan UMNO pernah mengkhianati PAS, justru UMNO tidak boleh dipercayai.

Kalau benar Nik Amar kata, "TGNA pernah sebut parti umpama rumah tangga dan kita tidak boleh bercakap isu rumah tangga di kedai kopi,", tetapi kenapa Nik Amar tak mahu sebut tentang kenapa Nasharuddin Mat Isa kena halau suruh masuk UMNO secara terbuka oleh TGNA kerana bantu Hadi Awang untuk kerjasama dengan UMNO???
Like · Reply · 1 hr

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena