Wednesday 24 August 2016

[Video] PELAQ Sungguh Kerajaan, Najib Mengaku Curi Duit 1MDB, IGP Tak Tangkap? Tangkap ‘Penjenayah Rasmi’ Malaysian Official 1

Khamis, 25 Ogos 2016


Name MO1 and our rally is off, says #TangkapMO1 organisers

Himpunan #TangkapMO1 batal dengan syarat PM umum siapa MO1

Jurucakap Gabungan #TangkapMO1, Anis Syafiqah berkata bahawa beliau bersedia membatalkan perhimpunan terbabit, dengan satu syarat iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak umumkan siapa 'Malaysian Official 1'.
“Perdana Menteri sendiri perlu menjawab, siapa dia Malaysian Official 1,” kata Anis, mahasiswa Universiti Malaya.
Beliau berkata telah cukup lelah dengan sikap masyarakat yang masih boleh bersenang lenang sedangkan seluruh dunia mengetahui bagaimana negara telah dirompak.
"Kita anak muda mahasiswa nekad berhimpun Sabtu ini bagi mendesak tindakan tegas pihak berwajib," katanya.
Mereka menggesa supaya individu yang hanya disebut dalam dokumen saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika sebagai ‘Malaysian Official 1’ diberkas.
Namun katanya sejak membuat gesaan tersebut Isnin lalu, belum ada tindak balas rasmi daripada pejabat Datuk Seri Najib Razak, justeru mewajarkan perhimpunan aman mendesak tindakan kerajaan untuk memberkas ‘Malaysian Official 1’ Sabtu ini diteruskan.
“Kita akan berkumpul di dua checkpoint, Sogo dan Masjid Negara. Kita akan berarak ke Dataran Merdeka, dan bersurai pada jam lima petang.
“Objektif perhimpunan ini adalah untuk mendesak orang ramai bagi menangkap ‘Penjenayah Rasmi’ Malaysian Official 1 ini,” ujar beliau kepada Roketkini.
Menurut graduan Darul Quran ini lagi, aksi Sabtu ini bertujuan membuka mata masyarakat serta mendidik mereka tentang apa yang sedang berlaku.
“Kita malulah satu dunia tengok masyarakat Malaysia ‘rileks’, tak sedar sedang dirompak,” tambahnya lagi.
Karakter ‘Malaysian Official 1’ disebut dalam saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika dalam rangka menyita harta yang disyaki terlibat dalam pengubahan wang haram di negara itu, melibatkan syarikat bermasalah milik negara, 1MDB.
Rentetan daripada itu, banyak pihak mendakwa bahawa individu tersebut adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri.
Beliau masih belum menafikan dakwaan terbabit.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena