Tuesday 30 August 2016

[Video] Pulau Pinang diserang 'Badut Banglo'?

Rabu, 31 Ogos 2016


Image result for Foto tangkap Mo1

Image result for Gambar Badut Lim Guan Eng

Guan Eng pula 'dibadutkan' di Pulau Pinang

Selepas popularnya karya grafik mengkritik perdana menteri yang memaparkan wajahnya seperti badut, kini giliran pemimpin lawannya pula berdepan serangan sama.
Di Pulau Pinang kini muncul banyak poster-poster wajah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang dilukis seperti badut dengan perkataan “Badut Banglo” di bawahnya.

Fenomena itu mula disedari orang ramai apabila poster-poster itu dilekatkan di tempat-tempat awam seperti di perhentian bas dan di tiang-tiang lampau di tepi jalan, lapor Umno Online.
Seorang penduduk Kampung Sungai Burong Yusri Ramli berkata, beliau perasan poster-poster itu ditampal hampir sebulan lalu.
“Ini mungkin luahan perasaan rakyat terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang berhubung isu rasuah banglo yang sedang dihadapinya.

“Mungkin gambar badut ini bermaksud sinis tentang jawapan berbelit-belit yang diberikan oleh Guan Eng ketika isu pembelian banglo itu terbongkar,” beliau dipetik sebagai berkata kepada Umno Online hari ini.

Manakala penduduk Jelutong, Jamelah Romzi, 47 pula berkata, pada awalnya beliau tidak perasan bahawa gambar tersebut adalah wajah ketua menteri.

“Tapi suatu hari, apabila akak menunggu bas di perhentian, ada poster-poster yang sama ditampal di sekitar kawasan itu, Tapi bila akak tengok dekat-dekat, gambar ketua menteri rupa-rupanya,” katanya.

Lim pada 30 Jun lalu menghadapi dua tuduhan rasuah susulan pengezonan semula sebidang tanah di Balik Pulau daripada tanah pertanian kepada kediaman untuk memberi manfaat kepada syarikat Magnificent Emblem Sdn Bhd pada 26 Julai 2015.
Beliau juga didakwa membeli sebuah banglo di Jalan Pinhorn berharga RM2.8 juta yang didakwa di bawah nilai pasaran, daripada ahli perniagaan Phang Li Koon. Nilai harta ketika itu RM4.27 juta.
Beliau mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap pendakwaan yang dibuat sendiri oleh Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Guan Eng dituduh melakukan kesalahan itu pada 26 Julai 2015.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena